Salam Perjuangan

08 Ogos 2011

GURU BESAR: BERI PELUANG KEPADA SPESIS GRED 32/34 DAHULU


KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat pembaca ‘Guru Ijazah Terpinggir, Kuala Terengganu’ dalam ruangan ini bertarikh 28 Jun 2011 – Guru siswazah sekolah rendah terpinggir. 

Jawatan Guru Besar dan Penolong Kanan di sekolah rendah adalah jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan Gred DGA34 adalah berdasarkan waran perjawatan yang diluluskan dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41/DG44.


Bagaimanapun, dasar Kementerian mengekalkan Guru Besar dan Penolong Kanan di sekolah rendah yang melanjutkan pelajaran secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan dilantik ke gred DG41 di sekolah asal mereka secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

Keputusan ini sejajar matlamat Kementerian meneruskan kesinambungan kepakaran dan kepemimpinan di sekolah supaya tidak menjejaskan pentadbiran sekolah rendah. Dalam tempoh pelaksanaan dasar pensiswazahan, ia tidak diperluaskan pemakaiannya kepada guru siswazah lain kerana pada masa sama Kementerian perlu memberi peluang kenaikan pangkat terhad bilangannya berbanding saiz guru PPPLD yang ramai. 

Di samping itu, pengisian jawatan Guru Besar PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34 di sekolah rendah berdasarkan calon diluluskan melalui pemangkuan dan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). 

Pengisian jawatan itu perlu merujuk waran perjawatan diluluskan kerajaan melalui Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) iaitu jawatan khusus untuk PPPLD. 
Sehubungan itu, PPPS Gred DG41/DG44 tidak layak memegang jawatan Guru Besar Gred DGA32/DGA34 berdasarkan: 
i) PPPS DG41/DG44 berada dalam skim perkhidmatan dan jawatan berbeza iaitu bukan skim perkhidmatan dinyatakan bagi jawatan diluluskan melalui waran perjawatan; dan 

ii) Pada masa ini, masih belum wujud jawatan Guru Besar PPPS Gred DG41/DG44 dalam waran perjawatan yang diluluskan. 

Bagaimanapun, PPPS di sekolah rendah masih berpeluang dipertimbangkan kenaikan pangkat jika memenuhi syarat ditetapkan skim PPPS dan diluluskan LKPPP. (sumber:Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia, BH,5/8/11)


Tiada ulasan: