Salam Perjuangan

18 Ogos 2011

HAZIRA SYAFIQA (Selamat Hari Lahirmu 18/8/11 ke-15 Tahun)


Apabila Hazira Syafiqa , mengenali
ayah dan ibunya, mesra kepalang
tawa riang  montel girang
membuatkanku acapkali
menghitung hari-hari mendatang


Apabila Hazira Syafiqa memahami
makna alam, penafsir kehidupan
membuatkanku mengelilingi dunianya
kasih sayang berpanjangan

Apabila Hazira  Syafiqa melangkah
mengutip  huruf dan baris aksara
membuatkanku cekal tawakal
memikul amanah dan derita
pelabuhan esok ceria menjelma


RAJIEE HADI
SHAH ALAM
7.8.2003

Tiada ulasan: