DATUK Ibrahim Ali Presiden Perkasa dan TBD menyarankan semua rakan NGO menyokong cadangan dan desakan Perkasa agar kerajaan menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Islam yang mana kini urusan Islam ditadbir oleh JAKIM di peringkat agensi di bawah JPM.
Ini menggambarkan kedudukan JAKIM setaraf dengan agensi-agensi yang lain. Walhal agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan maka sewajarnya Kementerian Hal Ehwal Islam diwujudkan tambahan pula majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.Dengan ini kedudukan agama Islam akan bertambah unggul dan statusnya kekal dihormati.Negara Brunei Darussalam telah sedia wujud kementerian ini dan boleh dijadikan model.
Dengan tidak secara langsung penganut agama lain akan akur dan sentiasa sedar kedudukan dan taraf Islam sebagai Ad-Din dan selaras dalam Perlembagaan Negara. Apatah lagi kini banyak wujud model-model Islam seperti perbankan Islam, Universiti Islam,Takaful Islam , pembahagiaan harta secara Islam, sisitem ekonomi, zakat , wakaf dan sebagainya..
Justeru sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 pada hari ini , TBD dan Perkasa berbangga dan menyeru kepada golongan profesional , intelek, pemimpin dan sukarelawan anak bangsa agar mengemblingkan tenaga dan bersatu hati menumpahkan bakti membangunkan watan dan nusa tercinta.
Jauhilah daripada hasutan, fitnah dan sengketa petualang Melayu yang mahu merosakan bangsa dan tanah air tercinta.Fakta sejarah telah membuktikan bahawa kerana gejala fitnah,cemburu dan sengketa berpanjangan maka kuasa politik orang Melayu jatuh dan pupus beratus-ratus tahun yang silam. Apakah kita mahu sejarah berulang?
Kepada para pejuang kemerdekaan tanah air yang menentang penjajahan sejak dahulu dan telah gugur di medan perjuangan semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan para solihin. Semoga minda kita merdeka daripada belenggu sengketa, fitnah dan bebas daripada elemen kolonialisme.(TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan