BARU-BARU ini TB menyusuri hingga ke Maetamann Village di Chingrai utara Thailand. Alam flora yang menghijau, keaslian yang terserlah dan sungai deras yang selamat untuk berakit membuatkan hati ini yang dihimpit oleh hiruk-pikuk kehidupan nyata terasa mengasyikkan.Apatah lagi pengalaman menunggang gajah dan berakit di sungai deras amat teruja dan mengesankan. Hidupan liar seperti gajah yang menjerit riang saling bersahut-sahutan bagaikan memahami bahawa betapa sewajarnya kita menghargai kehijauan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan