Salam Perjuangan

19 Ogos 2011

BIASISWA : WAJARKAH SAMAN KERANA GAGAL ?

 SEORANG  pelajar yang gagal mendapat Biasiswa Khazanah-Cambridge menfailkan saman terhadap Khazanah Nasional Berhad dan tiga lagi.

Chan Xian Yao, 19, memfailkan saman itu melalui firma guaman bapanya Chan Chow Wang di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan Bernama Online, dia menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar, pengarahnya Azman Mohd Hussein, Khazanah dan Yayasan Khazanah sebagai defendan.

Dalam saman itu Chan memohon perisytiharan bahawa pemberian Biasiswa Khazanah-Cambridge kepada tiga penerima adalah tidak sah.
Dia juga memohon pampasan dan ganti rugi kerana mengalami perasan malu dan tekanan akibat gagal mendapat biasiswa itu.
Chan, yang ditawarkan tempat di Universiti Cambridge selama empat tahun bagi mengikuti kursus kejuruteraan kimia bermula Oktober tahun ini, mendakwa defendan tidak menjalankan proses pemilihan yang baik atau adil semasa peringkat pemilihan.
Pelajar itu berkata Yayasan Khazanah telah menghantar satu e-mel kepadanya menyatakan dia tidak berjaya dalam permohonannya tanpa sebarang alasan.
Katanya, defendan dalam kenyataan akhbar bertarikh 11 Jun lepas telah menyatakan hanya tiga pemohon telah diberi biasiswa itu tanpa memberi maklumat pemohon itu seperti nama, kursus atau keputusan akademik mereka.(sumber:TMI, 19/8/11)
TB: Sebenarnya tanpa rasis, ramai pelajar Melayu/bumiputera di IPTA di dalam atau di luar negara  kini yang berlatarkan keluarga miskin; baik dari bandar mahupun di luar bandar terpaksa belajar menggunakan 'biasiswa Fama' (perbelanjaan/tanggungan keluarga) dan pinjaman PTPTN atau agensi-agensi lain. Walhal mereka sepatutnya mendapat hak-hak yang sepatutnya seperti mana dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan kini bukan sesuatu yang baru; bahawa Melayu/bumiputera merasakan bahawa 'hak-hak keistimewaan orang Melayu/bumiputera' seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan hanya retorika dan momokan sahaja.Apalah dianggap berkemampuan jika rata-ratanya orang Melayu setakat makan gaji kakitangan kerajaan sahaja. 

Ada juga anak pesara kerajaan yang gagal mendapat biasiswa. Justeru tidaklah hairan jika orang Melayu kini mula 'hilang kepercayaan' dan akan menterjemahkan perasaan mereka melalui undi protes dalam  PRU  akan datang jika tidak dipedulikan oleh kerajaan. Oleh itu anak seorang peguam yang mempunyai firma guaman sendiri; wajarkah layak memperoleh biasiswa?  

Tiada ulasan: