Salam Perjuangan

20 Ogos 2011

PILIHAN RAYA UMUM: BILA-BILA MASA SAJA

PERDANA  Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa saja dan tidak terikat dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen. 

"Pilihan raya tetap akan dijalankan tanpa terikat dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen.

"UMNO menyokong penubuhannya sebagai langkah menambah baik sistem pilihan raya negara agar tidak timbul sebarang syak wasangka pada masa depan.
"Tiada apa yang perlu dilindungi dalam proses pemilihan pilihan raya kerana jawatankuasa ini bukan saja dianggotai parti pemerintah tetapi juga parti pembangkang," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi. (sumber: BH,19/8/11)

Tiada ulasan: