BONUS sebelum Aidilfitri yang diminta CUEPACS sebulan gaji untuk penjawat awam dan pesara kerajaan dan sebulan gaji sebelum akhir tahun ini tidak dapat ditunaikan oleh kerajaan BN pimpinan Najib Razak.Rata-ratanya melahirkan dukacita khususnya pesara kerajaan Malaysia. PM Najib Razak tidak merasai beban penderitaan rakyat, rata-rata berpendapat sedemikian.
Dengan RM500 untuk pesara; apa yang boleh dapat diraikan sempena Aidilfitri ini? Keluh seorang pesara yang amat rasa tertekan dengan kenaikan harga barang yang melambung ketika ini. Tambahan pula tidak semua pesara yang hidup mewah. Pesara juga terdiri daripada pelbagai kategori usia dan latar belakang. Apa salahnya penjawat awam yang sedang berkhidmat dan pasca perkhidmatan diberikan bonus yang setara? Begitulah keluhan mereka.
TB bersetuju kerana suatu masa nanti penjawat awam jika dipanjangkan umur juga akan menjawat jawatan kekal ke akhir hayat sebagai; pesara kerajaan. Pelepah yang muda di pohonan; janganlah ketawa pelepah yang jatuh terdampar di bumi.Lambat-laun semua akan merasainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan