Salam Perjuangan

16 Ogos 2011

GEYLANG SERAI , SINGAPURA: BASAH DALAM INGATAN

PM Singapura, Lee Hsien Loong
SINGAPURA  bercadang untuk membangunkan semula perkampungan Melayu di Geylang sebagai pusat sivik baru dan plaza, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Rancangan pembangunan semula itu akan dilakukan selepas tempoh pajakan perkampungan Melayu itu berakhir bulan depan.


Penulis Berdiri Di Sebatang Jalan Utama di Geylang Serai,Singapura




“Pusat sivik itu dinamakan sebagai Wisma Geylang Serai. Ia akan menempatkan Pusat Sivik Geylang Serai dan sebuah galeri warisan bagi mengingatkan kita Geylang Serai yang lama,” katanya semasa berucap pada perhimpunan Hari Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Singapura semalam.

Masyarakat Melayu mempunyai sentimen kuat terhadap Geylang yang membawa kenangan manis kepada generasi lama yang tinggal dan membesar di kawasan itu, kata Lee  dipetik Bernama Online.

Kawasan persekitaran akan dibangunkan dengan seni bina Melayu khususnya Geyland Road dengan mengekalkan sentuhan dan keunikan masyarakat itu.

Lee menambah Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kementerian Pembangunan Negara, Dr Mohamad Maliki Osman akan menyelia keseluruhan projek pembangunan semula perkampungan Melayu itu.

Tiada ulasan: