PENGERUSI Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr. Hassan Ahmad yang meninggal dunia kelmarin adalah tokoh berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, serta perancangan bahasa dan sastera.
Ini bermakna negara kehilangan seorang tokoh bahasa yang
disegani dalam membina dan mengembangkan bahasa dan sastera selepas dilantik
sebagai ketua pentadbir institusi itu.
Berkat kesungguhan dan kegigihannya, serta pengalaman luas
dalam lapangan penyelidikan,
Allahyarham Hassan, 74, yang meninggal
dunia selepas mengadu sakit perut pada pukul 2 petang ini di kediamannya di
Petaling Jaya di sini, meninggalkan balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68,
serta dua anak perempuan Aida dan Hasmirawati.
Hassan memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pontian, Johor pada 1962, namun meninggalkan bidang itu dan menyertai DBP sebagai Pegawai Penyelidik pada 1963.
Allahyarham muncul sebagai pentadbir yang cukup
berkemampuan dalam pengembangan dan perancangan bahasa serta sastera.
Sepanjang tempoh itu, Allahyarham berjaya
memperkemas dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang moden dan
saintifik serta berupaya menerbitkan bahan-bahan bacaan dalam bahasa
Melayu. Sepanjang 13 tahun di DBP, beliau naik setakuk demi setakuk iaitu
dari pengawai penyelidik kepada ketua bahagian penyelidikan, pemangku pengarah,
pengarah dan akhirnya ketua pengarah. Beliau bukan sahaja menumpukan
terhadap lapangan perancangan bahasa dan sastera, penerbitan dan kemajuan serta
pengurusan dan pemasaran buku, malah juga dalam bidang terjemahan.
Selepas itu,
anak kelahiran Muar, Johor tersebut melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi
Muar sehingga lulus peperiksaan Sijil Persekolahan pada 1955.Anak sulung
daripada lapan beradik yang dilahirkan dalam keluarga bekas pegawai polis itu
menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Mersing (1942-1943) dan Sekolah
Melayu Muar (1945-1948).
Beliau kemudian diterima belajar di Maktab Melayu Kuala
Kangsar dan lulus Sijil Tinggi Pelajaran (1957) sebelum melanjutkan pengajian
di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1959. Selepas
menamatkan pengajiannya di universiti, beliau menjadi Penolong Pegawai Daerah
Pontian pada 1962. — (sumber :
BERNAMA ,2/9/11)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan