Salam Perjuangan

11 Ogos 2011

BANDAR SERI PUTRA: HAMPIR KEMALANGAN MAUT

Keadaan kereta kancil yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas sekolah di Bandar Seri Putra, Bangi, semalam

EMPAT sahabat menempuh detik-detik cemas apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan menyebabkan dua daripada mereka tersepit di satu persimpangan Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangi, kejadian berlaku pukul 1 petang apabila kereta itu dipercayai bertembung dengan sebuah bas sekolah sebelum terbabas semasa tiba di lokasi.
Katanya, pemandu dan penumpang hadapan kereta itu tersepit ekoran kemalangan tersebut.

"Dua lagi penumpang belakang tidak mengalami kecederaan. Kedua-dua pelajar yang mengalami cedera ringan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan, semua mereka merupakan pelajar perempuan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan berusia lingkungan 20-an.(sumber: UM, 11/8/11)

2 ulasan:

Liza @ Adzriel AB berkata...

dekat dengan rumah... memang nampak teruk remuk kereta. kesiannya diaorang.

TIUB BOCOR berkata...

Terima kasih kerana info. Terus layari blog tiub bocor setiap hari.