Salam Perjuangan

28 Februari 2011

KERAJAAN LULUSKAN 45 RIBU PEKERJA ASING: BUKAN TAMBAH LAGI MASALAH JANGKA PANJANG?

KERAJAAN bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India, bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, hari ini.

NONEBeliau berkata, kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah dihadapi sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit, dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan.
"Mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.

"Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) oleh bekas presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu di Kuala Lumpur. (sumber: baca penuh Malaysiakini, 28/2/11)

 APABILA TB bertanya seorang YB Ahli Parlimen menerusi SMS beliau dengan spontan menjawab 'kena tanya Samy Vellu'. TB menjangkakan beliau hanya melawak dan membalas dalam bentuk lawak juga.Dan apabila bertanya dengan seorang pemimpin kanan NGO dan juga merangkap YB Ahli Parlimen beliau seolah-olah terkejut,tidak tahu lalu bertanyakan daripada mana TB dapatkan maklumat sahih ini.Lalu TB bertanyakan seorang mantan pegawai kanan kerajaan yang telah bersara; beliau terkedu dengan beberapa isu mutakhir yang sangat mengganggu kesejahteraan rakyat hari dan pada masa akan datang.

Apapun dengan kebanjiran dan kemasukan pekerja asing khususnya dari lndia apakah ini tidak menimbulkan masalah survival hidup pada masa akan datang? Apakah tidak mungkin kerana banyak keselesaan para pekerja ini akan selesa menetap di Malaysia dan ; 'bukan mustahil' pada masa akan datang mereka akan mendakwa tidak ada surat kelahiran Malaysia atau surat beranak ataupun tiada kad pengenalan (KP/lC), tidak perlu disangsikan.Baik kaum lndia Malaysia atau tempatan atau pekerja lndia dari lndia (lndian National) tidak ada perbezaan;agak sukar dikenali jika mereka boleh bertutur dalam bahasa Tamil dan juga bahasa Melayu.Marilah kita berpandangan jauh nun jauh ke masa hadapan!

Tiada ulasan: