PESTA Buku Brunei 2011 yang berlangsung di Pentas Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Brunei Darussalam, pada 27 Februari ini, akan mengadakan Sesi Bersama Pengarang yang menampilkan Sasterawan Negara (SN), Datuk A Samad Said, pada jam 2 petang, manakala novelis remaja popular, Ain Maisarah, jam 4 petang.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena kemunculan kedua-dua penulis itu, seperti sesi fotografi dan sesi menandatangani buku karya mereka, maklumat lanjut hubungi talian 03-6188 0316
(sumber: Berita Harian, 16.2.11).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan