Salam Perjuangan

21 Februari 2011

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM (UBD):HARI TERBUKA DAPAT SAMBUTAN


Siswi UBD Pengajian  Bahasa Arab turut menyertai Hari Terbuka.


UNIVERSITI  Brunei Darussalam mengadakan Hari Terbuka bermula semalam dan berakhir hari ini di Dewan Canselor UBD. Ia disertai pameran pendidikan oleh Pejabat Pendaftaran dan HECAS, UniBridge Program, Tahun Discovery, Seksyen Hal Ehwal Pelajar, wakil Majlis Pelajar dan pameran kelab-kelab Pelajar serta UBD FM.

Menurut salah seorang alumni UBD, Dayang Aizen, "Program ditawarkan UBD amat menarik terutamanya program UniBridge dan HECAS. Ia mendapat sambutan baik daripada orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan dan swasta kerana ia memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman bekerja dan tidak berkelulusan tinggi."
Menurut seorang pensyarah UBD, program UniBridge dilancarkan pada Januari 2010 itu mendapat sambutan baik kerana hanya memerlukan kelulusan pendidikan A Level dan pengalaman bekerja untuk kelayakan.

Program ijazah GenNext turut mendapat perhatian orang ramai kerana ia merupakan program pembangunan keusahawanan, kemahiran pemimpin dan inovasi dan biodiversiti serta pembangunan berkekalan, katanya lagi.

GenNext memberikan peluang kepada pelajar yang terpilih ke luar negara untuk berkecimpung dalam masyarakat yang lebih luas melalui program Tahun Discovery atau Program Pendidikan Luar Negara dan banyak lagi. Hari Terbuka UBD diharap akan dapat memberi yang terbaik dengan program dan bidang yang di tawarkan. 

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dengan program-program yang ditawarkan Universiti Brunei Darussalam boleh menghubungi Bahagian Pendaftaran, Universiti Brunei Darussalam. (sumber: Media Permata Online, 21/2/11)

Tiada ulasan: