SERAMAI 7,700 peserta Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam giat berlatih dalam latihan bersepadu di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saiffuddien.
Latihan diadakan bagi memantapkan lagi tahap dan mutu persembahan yang akan dipersembahkan di hadapan kepada Baginda Sultan pada 23 Februari nanti. Selepas berminggu-minggu berlatih secara berpasukan kemudian latihan digabungkan untuk persembahan berskala besar.
Pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang mengendalikan persembahan tersebut berpuas hati dengan latihan dan mutu persembahan yang ditonjolkan.
Namun begitu masih ada masa untuk memantapkan lagi persembahan, dan para peserta akan berlatih lagi untuk mencapai mutu yang tinggi. Pasukan beruniform turut melakukan barisan kehormat semasa latihan tersebut. Tinggal beberapa hari sahaja lagi Brunei Darussalam akan meraikan Hari Kebangsaan ke-27, dan para perserta bersama-sama jurulatih serta penyelaras memberi komitmen yang tinggi supaya persembahan hari kebangsaan berjalan dengan sempurna.
(sumber:Media Permata Online 17/2/11).
Bagi TB Negara Brunei Darussalam bagai 'rumah kedua' .Banyak yang TB pelajari sewaktu menetap di NBD mencari rezeki.Apatah lagi konsep,falsafah dan paksi Melayu.lslam.Beraja (MIB) yang menjadi prinsip dan tonggak pemerintahan satu-satunya di dunia sebuah negara Melayu yang berdaulat tetap TB dukung dan sanjung. Selagi orang Melayu itu faham apa itu Melayu dan sentiasa mengamalkan dan menghayati ajaran lslam serta pemerintahan beraja yang tidak mengabaikan kebajikan rakyat maka sempena sambutan ulang tahun ke-27, TB terlebih dahulu merafaqkan sembah ucap selamat Ulang Tahun Kemerdekaan dan turut mendoakan Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Hasanal Bolkiah, Pengiran Muda Mahkota serta kerabat diraja dan seluruh rakyat NBD beroleh kesejahteraan dan dilindungi Allah SWT jua. Daulat Tuan Patik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan