........MASYARAKAT Cina di Johor Baharu dijangka menghadapi kekurangan kawasan jirat dalam tempoh lima tahun lagi berikutan pertambahan penduduk tempatan dan migrasi penduduk dari negeri lain. Katanya, kebanyakan tanah jirat milik persatuan Tiong Hua yang dibuka sejak 1960-an di daerah Johor Baharu sudah hampir habis digunakan.
"Oleh itu kita berharap agar kerajaan negeri dapat memperuntukkan kawasan tanah seluas 40 hektar bagi tanah perkuburan baru masyarakat Tiong Hua di sini," katanya. Lim berkata, antara kawasan yang dilihat sesuai untuk tujuan tersebut ialah di Ulu Tiram ataupun di Kulaijaya. - (sumber UM, 04 Februari 2011)
Sepanjang pengetahuan dan pengalaman TB yang telah mengembara segenap pelosok tanah air dari Sabah hingga ke Perlis, TB seringkali temui tanah-tanah jirat kaum Cina yang gah di merata-rata tempat termasuk binaan dan kawasan setiap jirat.Situasi ini tidak TB temui apabila TB mengembara baru-baru ini ke seloroh pelosok Singapura ,Brunei dan lndonesia.Bukan setakat kawasan jirat yang strategik dan bernilai komersial bahkan ada kawasan jirat yang menjalankan urus niaga yang boleh mendatangkan keuntungan jutaan ringgit seperti di Taman Peringatan Jirat Nilai ,Negeri Sembilan dan Rawang di Selangor.Apa sudah jadi?lnilah kenyataannya...kita tidak memikirkan mereka yang hidup termasuk anak generasi kemudian khususnya bumiputera yang kini daif untuk mendirikan tapak kediaman rumah kerana ketiadaan tanah.Bagi Persatuan Tionghua Johor Bharu yang memohon 40 hektar tanah agak keterlaluan atau tidak, TB serahkan kepada pembaca budiman memikirkannya.Adakah wajar? Setahu TB di negeri Johor di merata-merata setiap daerah kita boleh temui tanah jirat Cina di tepi-tepi jalan raya persekutuan dan negeri.Kawasan jirat yang ada juga didapati luas dan strategik.lni berbeza, dengan tanah-tanah perkuburan lslam yang kita dapati masih statik sejak dahulu.Adakah orang-orang Melayu/lslam di negeri Johor tidak mati-mati?Atau yang paling nyata, adakah kubur-kubur orang lslam/Melayu tidak bernesan atau bertanda? Maka sebab itu ada yang kita temui tanah perkuburan kian mengecil?Kita tidak mahulah isu permohonan tanah jirat ini adalah satu strategi dengan cara mudah memohon tanah kurnia daripada kerajaan.Dan yang amat menyedihkan dalam masa yang sama penduduk negeri berkenaan yang masih hidup, merempat dan terbiar kerana mengharapkan tanah yang sekangkang kera tetapi tidak kunjung tiba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan