Salam Perjuangan

23 Februari 2011

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM: 23 FEBRUARI SALAM KEMERDEKAAN


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Bandar Seri Begawan (foto rakaman TB)

TB terima kata-kata ucap selamat  yang pertama menerusi SMS daripada Awang Haji Fahmie Metussin dan keluarga dari Bandar Seri Begawan NBD sempena menyambut Hari Ulang Tahun  Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang ke-27 pada Rabu 23 Februari. SMS beliau mencatatkan "Marilah kita sama-sama pertahankan keamanan ,keharmonian dan kedaulatan negara.Mari sama-sama kita elakkan daripada permusuhan menuju kesatuan bangsa berkonsepkan Melayu lslam Beraja.Mari kita sentiasa berdoa kepada Allah agar Brunei Darussalam sentiasa dilimpahi rahmat, barakah,keampunan dan keredaan Allah SWT.
Selamat Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-27".

TB turut merakamkan selamat menyambut Hari Kebangsaan NBD ke-27 Ke Bawah Duli Tuan Patik Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hasanal Bolkiah,para kerabat diraja, seluruh anggota jemaah menteri para pegawai kerajaan dan sekalian lapisan rakyat jelata agar NBD terus kekal berdaulat selama-lamanya dan dilindungi oleh-Nya.
TB turut merasakan kesyahduan dalam kesyukuran kerana NBD kini telah melepasi alam remaja dan menuju alam yang lebih dewasa. NBD bagaikan seperti rumah kedua bagi TB dan  tetap di hati dan hendaknya Melayu lslam Beraja terus semarak sampai bila-bila. Sayangi bangsa Melayu kerana   bahasa dan budayanya, amalkan lslam penyuluh kehidupan dunia dan akhirat,taati Raja yang mentadbir dengan kemuliaan dan saksama untuk kesejahteraan rakyat yang menjadi payung dan tonggak negara.

'NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM, MY COUNTRY BRUNEI DARUSSALAM'

Selamat Hari Kebangsaan, kekal berdaulat!
(sumber: Dr Rajiee Hadi)

Tiada ulasan: