Salam Perjuangan

16 Februari 2011

POLITIKING KIAN GILA

BARISAN Nasional (BN) belum 'nazak' dan belum mahu 'bertaubat' kembali kepada rakyat walaupun slogan "Rakyat Didahulukan.Pencapaian Diutamakan' sering dilaung-laungkan satu Malaysia.Projek 'adhoc' yang d.icurahkan menjelang setiap kali Pilihan Raya Kecil (PRK) bagaikan seperti 'takutkan hantu' dan bayang-bayang yang tidak dipastikan kehebatannya.Malahan yang anehnya kian terbalik yang majoriti terabai-abai bagai si peminta sedekah di tanah air nenek moyangnya manakala yang minoriti kian 'naik tocang'.Di manakah ketegasan pemimpin yang berkauasa yang kononnya menjunjung kedaulatan Perlembagaan Persekutuan?

Pakatan Rakyat (PR) yang kian bernafsu besar terus memainkan isu-isu yang boleh menjadi ukuran kejayaannya melakar besar peta kemenangannya menjelang PRU ke-13 nanti.Soal menang jadi arang,kalah jadi abu bukan ukuran sebahagian besar para pemimpinnya yang rata-ratanya lahir pada zaman pascamerdeka,1957.Bukan sesuatu perkara yang mudah, aliran perkauman dalam minda setiap rakyat mahu dirobohkan hatta di kalangan pemimpin bukan Melayu yang kononnya mahu berkonvoi menentang rasisme.Lebih baik anda singgah di kedai gunting rambut lihat cermin besar tanya diri anda, apa sebenarnya tujuan dan niat utama anda. Porah...gila publisiti!ltu jawapan konkrit.

Kini dilaporkan pula bagi yang agak 'bebas' pembawaan idealisme politiknya mahu mengwujudkan perikatan apa yang dinamakan 'Barisan Rakyat' yang bakal diketengahkan para pemimpin dari Sarawak dan Sabah bagi mewujudkan kesefahaman sebagai gabungan parti alternatif bagi menggantikan BN.Justeru semakin kian gila dan bertambah parah politiking bermain-main setiap ahli politik dan peminat politik di Malaysia mahupun di luar Malaysia.Teringat TB, Allahyarham berusaha mengurangkan politiking selepas tragedi 13 Mei 1969 dengan kelahiran BN dan seterusnya agenda pembangunan untuk rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain semata-mata untuk rakyat bagi merapatkan pelbagai aneka jurang dalam masyarakat.

Kini kita boleh bertanya kepada diri kita sendiri dan kepada sesiapa...apakah agenda para pemimpin politik dan parti-parti politik hari ini sama ada yang besar atau sepihan,apakah yang mereka mahu sebenarnya?Apakah mereka benar-benar membela nasib rakyat?

Tiada ulasan: