Salam Perjuangan

14 Februari 2011

ANWAR IBRAHIM SOKONG INTERLOK

Ketua Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul memberikan kenyataan paling rasional di tengah-tengah kontroversi novel Interlok yang divisif.

Anwar dilapor berkata tidak ada elemen perkauman dalam novelInterlok dan menyarankan pihak terbabit dalam kontroversi berbincang menyelesaikan pertikaian.

Beliau pada masa sama menyifatkan novel itu sebagai satu karya yang baik tetapi bukan istimewa, satu kenyataan yang mengimbangi sokongan beliau terhadap novel itu.
(baca penuh, SiasahDaily, 2011)   

Tiada ulasan: