Salam Perjuangan

26 Februari 2011

MERLIMAU TERKINI : 26 FEBRUARI 2011


PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.
BN diwakili Anggota Jawatankuasa UMNO, bahagian Jasin, Roslan Ahmad, 44, manakala calon Pas ialah Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah, 38.

Selepas tamat tempoh bantahan jam 11 pagi, di akhir proses penamaan calon di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di Merlimau dekat sini hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Eusoff mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada pukul 11.28 pagi.

PRK DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Mac ini sebagai tarikh pengundian(sumber terkini: Bernama,26/2/11)

Berikut yang sempat TB rakamkan sekitar DUN Merlimau yang menyaksikan antara ketenangan,kedatangan dan kehadiran silih berganti, kegiatan ekonomi sara diri bergerak seperti biasa, pemasangan projek mee segera,kibaran bendera parti-parti yang bertanding dan pelbagai aneka suasana pada hari ini. Menyusuri  kampung-kampung dalam DUN Merlimau seperti Kampung Merlimau Pasir, Sebatu, Pangkalan Samak, Taman Debunga dan lain-lain suasana masih damai dan tenang.Namun di sana sini anggota pasukan keselamatan PDRM bersiap sedia mengawal keadaan, Selamat berkempen!













Tiada ulasan: