SAYA percaya ramai rakyat Malaysia , terutama mereka yang pernah mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengetahui Peristiwa Bukit Kepung setelah menonton filem Bukit Kepung. Sudah pasti filem ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme terhadap negara Malaysia tercinta ini selepas menontonnya.
Untuk mereka yang tidak berkesempatan menonton filem tersebut, secara ringkas, ia menceritakan satu insiden di mana Stesen Polis Bukit Kepung, Johor, telah diserang seramai lebih kurang 180 pengganas komunis pada pukul 0430, 23 Februari 1950. Pengganas komunis telah mengarahkan anggota polis yang berjumlah 22 orang untuk menyerah diri bagi membolehkan mereka menyelamatkan diri. Namun, anggota polis yang diketuai oleh arwah Sjn. Jamil Mohd. Shah dengan lantangnya enggan menyerah diri.
Wira-wira ini dengan penuh semangat telah berjuang sehingga ke titisan darah terakhir yang mengalir di dalam tubuh mereka. Malah para isteri turut memikul senjata berjuang bersama dengan suami mereka. Akhirnya, seramai 22 wira telah terkorban; 18 anggota polis dan empat tanggungan mereka. Salah seorang yang terselamat, arwah Sjn. Yusuf Rano, meninggal dunia pada 15 April 2005 ketika berusia 83 tahun. Dengan pemergian arwah, tiada lagi survivorperistiwa hitam ini.Insiden ini adalah "Alamo" Malaysia .
Saya membangkitkan kisah ini kerana ingin mengetahui apakah pengiktirafan negara terhadap wira-wira Alamo ini? Difahamkan tiada seorang pun daripada mereka yang dianugerahkan dengan Darjah Perkasa seperti Seri Pahlawan (SP) atau Pingat Gagah Berani (PGB), malah Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) pun tiada. Sedangkan insiden Bukit Jenalik/Sauk pada tahun 2000 telah mencatatkan penganugerahan dua SP dan empat PGB kepada mereka yang terbabit. Sekiranya betul mereka (wira Bukit Kepung) tidak dianugerahkan dengan darjah-darjah kebesaran tersebut, mengapa? Adakah pengorbanan mereka tidak memenuhi kriteria anugerah berkenaan?
(sumber UM: 10/2/11 oleh MEJAR NOR IBRAHIM SULAIMAN (TUDM (B)
TB menyokong penuh cadangan agar wira-wira yang berjuang untuk agama,bangsa dan negara pada zaman pramerdeka diberikan pengiktirafan agar generasi kini sedar akan susur galur setiap perjuangan dan mengenali nama-nama pejuang yang telah lama ditelan arus waktu.Bahkan nama para pejuang sebelum peristiwa Bukit Kepung seperti Leftenan Adnan Saidi, Mat Kilau, Datuk Bahaman,Dol Said,Mat Salleh,Rosli Dhobi dan lain-lain lagi diberikan pengiktirafan sekurang-kurangnya dapat menonjolkan waris-waris mereka.Tidak banyak kerugian jika dibanding banyak manfaatnya jika kita generasi kini mengenang kembali tokoh-tokoh pejuang silam yang telah menggadaikan nyawa demi sebuah kemerdekaan kampung halaman,negeri dan tanah air yang tercinta.Dan ada baiknya sempena sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan 31 0gos dapat dikumpulkan warga emas lelaki berusia 80 ke atas yang sihat walafiat menyertai perarakan agar dapat meningkatkan semangat juang dan kecintaan kepada negara.Sama-sama kita fikirkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan