Salam Perjuangan

21 Februari 2011

PENSWASTAAN SEKOLAH: CADANGAN YANG WAJIB DITENTANG HABIS-HABISAN!

 KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Beliau berkata, penswastaan bidang lain akan melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.”

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan. (sumber: Bernama,21/2/11)

TB menyeru semua kesatuan dan persatuan yang berkaitan dengan bidang perguruan dan pendidikan berganding bahu dan bersatu hati membantah cadangan penswastaan sekolah yang dirasakan mengundang banyak persoalan,permasalahan dan konflik. Yang nyata, tanggung jawab seorang pentadbir atau pengurus pendidikan ataupun pengetua yang sepatutnya lebih menjurus kepada pembangunan dan pembinaan kurikulum,kokurikulum dan sahsiah akan menghadapi konflik minat yang berpanjangan. Sementelahan pula amalan kronisme,nepotisme dan rasuah akan lebih terarah dan menjijikkan.PIBGN dan semua NGO dan rakyat jelata yang akan menerima tempias derita dan sengsaranya,ayuh bangun bersatu hati menentang habis-habisan cadangan gila ini.

Tiada ulasan: