Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat |
Malahan yang anehnya kian terbalik; yang majoriti terabai-abai bagai si peminta sedekah di tanah air nenek moyangnya manakala yang minoriti kian 'naik tocang'.Di manakah ketegasan pemimpin yang berkuasa yang kononnya menjunjung kedaulatan Perlembagaan Persekutuan?Yang kononnya menjadi dominan dalam gabungan barisan tersebut?
Pakatan Rakyat (PR) yang dikatakan pula kian ghairah mahu melaksanakan misi utama ke Putrajaya terus memutarkan isu-isu lama dan baru yang boleh menjadi ukuran kejayaannya melakar besar peta kemenangannya menjelang PRU ke-13 nanti.
Namun perkiraan sama ada menang jadi arang,kalah jadi abu haruslah juga difikirkan semasak-masaknya. Apatah lagi kini sebahagian besar para pemimpinnya yang rata-ratanya lebih selesa menghirup udara kemerdekaan lahir pada zaman pascamerdeka 1957 belum faham erti sebenar penderitaan kesan persengketaan sesama sendiri.
Namun begitu mujur PAS sejak dahulu hingga kini masih konsisten dan senada paksi perjuangannya.lslam dan Melayu yang sinonim dan menjadi tunggak dan asas bersandarkan sejarah dan antropologi telah bertapak sejak ratusan tahun yang silam.
Bukan mustahil kelak juga PAS boleh menggantikan UMNO dan bersedia berganding bahu,bekerjasama dengan ‘parti adik-beradik’ yang lain menegakkan keadilan mengikut acuan lslam yang sebenarnya.Bahkan nama PAS (Parti lslam Se-Malaysia yang berasal daripada ejaan Melayu Jawi) tidak ramai menyedari telah lama menggambarkan semangat ‘Satu Malaysia”. lmbuhan ‘Se’ bermakna satu atau tunggal.Dan dengan maksud yang mudah Se-Malaysia itu sinonim dengan Satu Malaysia.Justeru slogan satu Malaysia bukanlah sesuatu yang baru.PAS telah lama berjiwa satu Malaysia! Dalam satu konvensyen baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz NIik Mat telah mendedahkan bahawa Umno ternyata gagal membela nasib majoriti Melayu di negara ini apabila mereka sendiri yang menggagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). "Umno jaga Islam pun tidak, jaga Melayu jauh sekali. Ini dapat dibuktikan dengan fakta yang didedahkan bahawa tanah rezab Melayu di seluruh negara susut daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1990. Apakah ini satu pembelaan UMNO terhadap orang Melayu? "Dasar DEB digagalkan pemimpin UMNO sendiri dan hanya mengayakan kroni mereka sahaja," katanya.Menteri Besar Kelantan itu juga mempersoal tindakan Umno BN yang mendakwa mereka pembela Melayu yang sejak dari dahulu lagi memusuhi Kelantan sedangkan majoriti rakyat Kelantan ialah orang Melayu. "Jika benar Umno membela Melayu, untuk apa kami di Kelantan diperangi sedangkan majoriti pemimpin dan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam? soalnya.Ujarnya lagi, PAS sebagai sebuah parti yang mencontohi pemerintahan Rasulullah SAW wujud bukan untuk memperjuangkan nasib Melayu sahaja, tetapi tidak sama sekali mengetepikan Melayu. "Jika Rasulullah S.A.W. diutuskan ke dunia tidak dengan misi ketuanan Arab, begitu jugalah dengan PAS yang mencontohi Rasulullah, datang bukan dengan agenda memperjuangkan Melayu, tetapi tidak sesekali mengetepikan Melayu kerana Melayu bangsa dominan di negara ini. "Namun PAS sering dtuduh mengetepikan Melayu dan seolah-olah orang Melayu akan mati tanpa Umno. Inilah yang sering ditanam dalam pemikiran rakyat," katanya.Dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan ini, apakah UMNO boleh menidakkannya? |
Kendatipun bukan sesuatu perkara yang mudah, aliran perkauman dalam minda setiap rakyat mahu dirobohkan hatta di kalangan pemimpin bukan Melayu yang kononnya mahu berkonvoi menentang rasisme namun adalah lebih baik setiap orang pandang cermin lihat wajah masing-masing.
Kini dilaporkan Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) pula mahu menjadi ‘kuasa ketiga’ dengan idealisme politiknya mahu mengwujudkan sebuah perikatan bagi Sarawak dan Sabah dengan apa yang dinamakan 'Barisan Bersatu' sebagai gabungan parti alternatif bagi menggantikan BN.
Justeru politik negara kian panas menjelang PRU ke-13 ini. Politiking yang makin hangat ini mengingatkan penulis kepada Allahyarham Tun Razak yang pernah berusaha mengurangkan politiking selepas tragedi 13 Mei 1969. Dengan kelahiran BN yang mana PAS, Gerakan, PPP dan lain-lain parti ketika itu turut bergabung sama dan seterusnya melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan lain-lain.
Yang nyata ketika itu semua pihak berganding bahu semata-mata untuk rakyat bagi merapatkan pelbagai aneka jurang dalam masyarakat.Sayangnya kerana fitnah ,dengki dan iri hati PAS ditendang keluar daripada BN.Bak kata bidalan ‘habis manis, sepah dibuang’.
Kini kita boleh bertanya kepada diri kita sendiri dan kepada sesiapa: apakah agenda para pemimpin politik dan parti-parti politik hari ini sama ada yang besar atau serpihan yang sebenarnya?.Apakah hala tuju mereka mahu ke mana?Apakah mereka benar-benar membela nasib rakyat?Adakah mereka datang dari rakyat untuk rakyat? Jawapannya ada di tangan rakyat. (sumber: oleh Dr Rajiee Hadi, Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan