Salam Perjuangan

13 Februari 2011

SULTAN MELAKA ABAD KE-21

WALAUPUN tidak beberapa minggu lagi rakyat Melaka khususnya di kawasan DUN Merlimau akan mengundi PRK, TB sengaja beralih isu kepada Kesultanan Melaka.Dan walau apa jua tanggapan dan persepsi kewujudan Sultan Melaka ke-44 dan kemunculan Raja Nor Jan Shah yang kononnya 'naik tahta' sebagai Sultan Melaka ke-44 pada tahun 2005 lalu ada pro dan kontra.Bahkan pelbagai tohmahan dilemparkan lantaran kemunculan dan penampilannya yang mengundang kontroversi.Namun kelamaan isu 'Sultan Melaka' tenggelam begitu sahaja kerana setakat ini tidak mendapat sebarang reaksi daripada Majlis Raja-Raja dan mana-mana pihak yang berwajib.

Raja Nor Jan yang berpejabat di Gombak,Batu Cave,Selangor Darul Ehsan pernah menjadikan sebuah rumah tradisional di Kampung Alai,Melaka yang berhampiran dengan Kuala Sungai Duyung,Melaka sebagai 'istana hinggap' yang khabarnya beroperasi selama dua tahun sahaja.Kemudian entah apa silapnya, 'istana' tersebut senyap begitu sahaja. Ada pendapat mengatakan Raja Nor Jan,tersilap percaturan strategik dan terlalu menagihkan publisiti yang mana boleh mengundang pelbagai fitnah.Namun usahlah berputus-asa; jika benar tetap benar bahkan perjuangan yang berani adalah semata-mata kerana kebenaran.

Harus diingat; Pulau Batu Putih yang bersempadankan Johor-Singapura yang pada mulanya kita yakin sah milik Johor atau kerajaan Malaysia tetapi lantaran Singapura berjaya membawa kes ke Mahkamah Antarabangsa di The Hague,Belanda dan disokong dengan bukti-bukti dan dokongan peguan-peguamnya yang tersohor, akhirnya Singapura memenangi kes tersebut.Justeru,benarlah pendapat Sejarawan Prof Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim bahawa tidak salah jika Raja Nor Jan mempunyai bukti-bukti kukuh dan ilmiah  maka beliau boleh membawa kes ini ke pihak berkuasa.

Bagi TB, lslam juga menganjurkan bahawa jika ada bukti bahawa segala harta pesaka milik kita termasuk hak-hak warisan kita maka kita berhak menuntut hak kita.Oleh itu TB mencadangkan Raja Nor Jan:

1.Membawa kes 'tahta dan warisan beliau' ke Mahkamah Syariah atau ke Mahkamah Sivil ataupun ke Mahkamah Khas dengan cukup segala bukti dan saksi.
2. Menganjurkan satu simposium,seminar atau diskusi akademik bagi mengukuhkan dakwaan beliau adalah pewaris Kesultanan Melaka yang 'hilang'.
3.Mengwujud satu panel penasihat yang berwibawa terdiri daripada ahli-ahli akademik dan peguam berwibawa bagi penyelarasan dan meneliti aspek-aspek perundangan yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
4.Menggunakan saluran-saluran politik sama ada UMNO atau PAS ataupun NGO Perkasa.TB percaya jika PAS memperjuangan kebenaran dan hak-hak, menentang kebatilan maka PAS tentu bersedia membela hak-hak orang lslam bersandarkan syariat lslamiah.
5.Sentiasa menjaga pekerti dan susila serta mendampingi masyarakat dan 'rakyat' khususnya anak negeri Melaka dari masa ke masa. Apath lagi jika Melaka dinamakan 'Negeri Melaka Darul lslam' maka Raja Nor Jan sewajarnya faham apa itu 'Darul lslam'.
6.Memperkemaskan dan mengaktifkan medium internet sebagai jaringan komunikasi dua hala yang berkesan dan menyebarluaskan dengan lebih sistematik.


Kita manusia cuma mampu berusaha dan berikhtiar.Dan akhirnya kepada Allah kita berserah.Semuanya ada hikmah-Nya.

Tiada ulasan: