DALAM senyap tiba-tiba Herman Tino disahkan bertanding di Parlimen Tanjung Karang, Selangor pada pengumuman hari penamaan calon semalam.Herman akan menentang Dato Noh Omar (penyandang) dan calon Pas. Apapun nawaitu Herman Tino TB tidak mahu komen. Dalam beberapa bulan yang lalu TB ada menonton persembahan Herman di Angkasapuri RTM anjuran Radio Klasik RTM. lni membuktikan Herman masih diingati, tidak dilupai.
Cuma TB terkilan kerana Herman begitu bernafsu besar mahu bertanding di peringkat parlimen yang mana lebih mengarahkan perpecahan undi antara kita sesama kita. Alangkah baiknya pada pandangan TB, Herman mengetengahkan dirinya bertanding bagi kerusi Dun Sekinchan yang menyaksikan bakal perlawanan antara BN (MCA) dan DAP.Sejak beberapa penggal wakil rakyat Sekinchan terdiri daripada kaum Cina.
Justeru rata-ratanya para pengundi Melayu/lslam di Dun Sekinchan berasa kecewa kerana mereka tidak ada calon alternatif bagi mewakili mereka yang di atas pagar.Kebanyakan mereka berpendapat peluang Herman untuk memenangi Dun Sekinchan cerah jika dilakukan dengan strategi yang betul.Apakah Herman telah silap catur dalam memutuskan kawasan yang mahu ditandinginya? Apakah beliau tidak serius?Apakah beliau sekadar suka-suka? Herman oh Herman....TB minat lagu 'Pelita Dalam Kabus'. (TB)
5 ulasan:
Salam, negara kita ini negara demokrasi, jd tiada halangan setahu saya sesiapa pun utk mnjadi calon di parlimen Tg Karang pendapat saya apa salah Noh Omar dicabar leh sesiapa pun mahupun saudara Herman ini? Knapa pula anak jati Tg Karang ini dipertikaikan? Klu di parlimen sekinchan knapa tak bg Noh Omar bertanding di sana??? Dah tentu dia gagah dan berani. Semua ini hanya senario poliyik, sy percaya saudara Herman ada alasan tersendiri, Apapun Selamat majujaya pada saudara Herman.
Dgunners777
Bukan Parlimen Sekinchan tapi DUN Sekinchan.Dun Sekinchan termasuk dalam Parlimen Tg.Karang. Jika mahu jadi MB mestilah datang dari kerusi DUN. Oleh kerana Noh 0mar bukan calon MB maka beliau tidak diarahkan bertanding di DUN Sekinhan.Rencana di atas berpendapat adalah molek Herman bertanding di DUN Sekinchan kerana tiada wakil orang Melayu/lslam. Namun ,ialah ini demokrasi terserahlah.
Selamat bertanding saudara ku En. Masrun Bin Tamsi @ Herman. Saya senantiasa mnyokong anda dr belakang, walaupun sy adalah penyokong BN, keberanian anda telah mbuatkn saya bangga dgn anak jati Tg Karang ini. Beliau mesti mempunyai alasannya yg tersendiri kerana beliau tau apa yang terjadi di Tanjong Karang ini khasnya pada pimpinan Noh Omar. Saya amat pasti...politik mempunyai warnanya tersendiri, ini lah dinamakan demokrasi.
DacingJohor71
Apapun lawan tetap lawan, barulah ada semangat juang, calon hanya manusia, yang penting manusia adalah khalifah di muka bumi ini, yang merosakkan parti adalah manusia, parti itu baik, tetapi manusia yang merosakkan parti, cuba anda pikir baik dan rasional, siapa calon bukan persoalannya, tp arah tuju tu penting, adakah Noh Omar itu bersih, dan adakah Herman Tino itu pengkhianat? Renung kan dan berfikirlah secara aman dan damai. Terlalu lama di dalam politik adalah tidak baik. Bak Ibarat nasihat dar Tun Dr Mahathir Berhentilah Makan Apabila Anda Kenyang......
Noh omar tu dah terlebih kenyang tuuuuuu. Lama sgt dah tu dia pegang kerusi. Kocek poket almari account bank kroni sume dah penuh tuuuuuuuuu. Pelik betul Najib still bg dia bertanding! Patutnya berenti makan sebelum kenyang bkn bler dh kenyang. Nanti sendawa terlebih mcm naga. Busuknya bertebaran ke mana2. Sorry lah noh omar, dah tak berkenan laaaa. Peace! -nan bt 5-
Catat Ulasan