YANG pasti, Penasihat DAP Lim Kit Siang akan beraksi di Gelang Patah,Johor, mengemudi
bahtera Pakatan Rakyat merempuh tembok Barisan Nasional sambil mengumpul kerusi
parlimen dari negeri Johor bagi membolehkan Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP
menubuh kerajaan baru Putrajaya selepas pilihan raya umum ke -13 nanti.Walaupun ini utopia tetapi BN tidak boleh memandang sebelah mata.
Yang belum pastinya adalah pengerusi Barisan Nasional Johor Datuk
Abdul Ghani Othman akan mempertahan Gelang Patah daripada jatuh ke tangan lawan,
walaupun angin bertiup kencang babawa inilah perjalanan politik Abdul Ghani yang akan menuju ke garisan penamat setelah memimpin negeri selatan tanah air sejak 1995.
Abdul Ghani tidak
disenaraikan mempertahan kerusi DUN Serom (kawasannya terus mundur dan kurang
membangun?) kerana dikatakan kepemimpinan Barisan Nasional mahu memberi nafas
baru dengan mengemuka calon-calon baru dan lebih muda sedangkan beliau telah
memegang jawatan Menteri Besar sejak 1995 lagi.Adakah calon terbaik menggantkani Ghani seorang yang berwibawa, berakhlak mulia, beramanah,berwawasan dan paling penting mempunyai kelayakan akademik yang mencukupi?lnilah yang menjadi persoalan penting.
Kalangan pemimpin Barisan Nasional, khusus presiden MCA Datuk Seri
Dr Chua Soi Lek rela menyerahkan kerusi Gelang Patah yang disandang MCA kepada
Umno kerana tidak yakin boleh memberi tentangan kepada Kit Siang.
Mereka berpendapat Abdul Ghanilah calon yang paling layak berdepan
dengan Kit Siang.
Daripada berundur terus daripada politik, lebih baik beliau pertahankan Gelang Patah; ditakdirkan berjaya menewaskan pemimpin DAP itu, beliau akan
menjadi "hero" dan bolehlah diberi ganjaran besar sekiranya BN kekal
memerintah di Johor dan di peringkat pusat selepas pilihan raya umum.
Hari ini rata-rata di kalangan Umno dan BN sibuk bercakap
tentang calon Menteri Besar Johor yang baru.Ada ada di antaranya kesal kerana pada era 1980-an lalu berlaku 'cantas mencantas' para pelapis pemimpin muda terutamanya yang berijazah yang baru berjinak dengan UMNO cawangan dan bahagian pada ketika itu.Natijahnya kini UMNO.BN Johor ketandusan pemimpin matang yang berkelayakan.
Nama yang paling popular setakat ini yang disebut-sebut tidak lain
dari Datuk Mohamed Khaled Nordin, ahli parlimen Pasir Gudang dan Menteri
Pengajian Tinggi pada penggal lalu.
Namun kini 'sikon' telah berubah. Khaled Nordin dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Sultan Johor Sultan
Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mana pertimbangan yang penting bagi mereka yang
menaruh harapan mahu menjadi Menteri Besar Johor.
Sultan Johor dikatakan lebih condong pada Khaled, yang sama-sama
belajar di English College, sekarang ini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu
Bakar, dibanding dengan nama-nama lain yang dicanang sebagai penganti
Abdul Ghani.
Walaupun nama-nama seperti ahli parlimen Pulai penggal lalu, Datuk
Nur Jazlan Mohamed yang juga anak kepada bekas setiausaha agung BN dan Umno
Allahyarham Mohamed Rahmat, naib ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan
ADUN Kukup penggal lalu Datuk Md Othman Yusof masih lagi menjadi sebutan di
kalangan ahli-ahli parti dan Umno Johor.Namun Abdul Ghani dikatakan lebih
berminat dengan Adun Pasir Raja penggal lalu, Datuk Dr Adham Baba.
Ramai di luar
Johor masih ingat siapa Dr Adham, walaupun setelah sekian lama arena politik
beliau tertumpu di Johor.
Beliau adalah
orang yang sama yang ketika menjadi pengerusi biro pendidikan Pemuda Umno pada
2002, telah meminta agar kerajaan bertindak tegas, termasuk menutup semua
SRJK(C) dan mewujudkan satu jenis aliran sekolah saja kerana berang dengan
pergerakan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong, yang menuduh pelaksanaan pengajaran
Sains and Matematik dalam Bahasan Inggeris bertujuan menghapuskan identiti
sekolah Cina.
Cadangan
memang boleh diberi tetapi adakah Istana akan perkenan calon yang lain daripada Mohamed Khaled?Apakah rentetan MB Johor berasal dari Muar hanya tinggal sejarah pada kali ini?Sayangnya, UMNO Bahagian Ledang kini hanya membisu seribu bahasa kerana kini tiada tokoh pemimpin yang berwibawa di bahagian tersebut.
Pakatan
Rakyat berhasrat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri yang sekian lama di
terjui oleh Umno/Barisan Nasional.
Naib presiden
PAS, Salahuddin Ayub, anak jati Johor dibawa turun dengan meninggalkan parlimen
Kubang Kerian di Kelantan dan bertanding kerusi DUN Nusa Jaya, salah satu
kerusi negeri di Gelang Patah, serta kerusi parlimen Pulai.Adakah impian Sallahuddin menjadi kenyataan? lnilah teka-teki yang menarik pada PRU ke-13 ini yang sama-sama kita nantikan kelak. (sumber:
Petikan bebas akhbar tempatan-TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan