Salam Perjuangan

08 April 2013

PESARA KERAJAAN MALAYSIA MAHU KENAIKAN TAHUNAN 10-20%...


DATUK Seri Najib Tun Razak membayangkan para pesara perkhidmatan awam dapat menikmati pencen yang lebih baik pada masa depan sekiranya ekonomi negara terus berkembang maju.

Perdana Menteri berkata, nilai pencen sebanyak dua peratus yang dinikmati para pesara sekarang tidak mustahil dapat dipertingkatkan tetapi dengan syarat hasil negara perlu dicari dan mengelak daripada bankrup.

"Dalam keadaan hari ini pun kita telah buat dan lakukan untuk menjamin keadaan pesara. Pencen dua peratus itu adalah paling minima. Kalau ada rezeki kerajaan kita boleh tambah tapi cari hasil.
"Kembangkan ekonomi dulu kalau tidak negara kita jadi bankrup," kata Najib ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Pedara-pesara Kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Kira-kira 3,000 orang pesara kerajaan menghadiri perjumpaan tersebut. (sumber: UOnline , 08/04/13)

Tiada ulasan: