Salam Perjuangan

14 April 2013

SEKOLAH DATO' SRI AMAR DIRAJA,MUAR,JOHOR ( PRODUCTS OF SDAD 1972-1974)

PADA zaman ledakan kemajuan ICT ini, adalah amat beruntung kerana jika dimanfaatkan sebaik mungkin maka kita akan memperoleh banyak faedahnya.Paling kurang, kita dapat menjejaki dan mengenal pasti sahabat-sahabat lama zaman alam persekolahan dahulu bagi meraikan kejayaan mereka di alam siber ini

Dengan ini memberi dorongan motivasi kepada anak-anak cucu generasi kita agar turut meraih kejayaan. Bahkan rata-ratanya mereka anak Melayu luar bandar yang pernah merasai keperitan hidup dibelenggu kemiskinan keluarga tetapi telah membuktikan mereka juga boleh duduk sama rendah,berdiri sama tinggi.

Ada di antara sahabat yang masih memegang jawatan tertinggi di sektor awam, ada yang melibatkan diri dalam bisnes semasa, ada yang terbabit dalam dunia akademik, ada yang berkecimpung dalam politik kepartian, ada yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya dan ada yang menikmati dunia persaraan sepenuh masa bersama keluarga.

Begitulah yang TB mahu catatkan teman-teman persekolahan di Sekolah Menengah Dato Sri Amar DiRaja (SDAD) yang pada zaman itu sekitar 1960-an-1970-an adalah sebuah sekolah elit dan terpilih di bandar Muar,Johor Darul Takzim.TB mahu catatkan era sekolah tersebut khusus para pelajar Tingkatan Enam era 1972-1974 sahaja. Sebenarnya sebelum itu para pelajar lepasan SDAD pernah menjawat Ketua Menteri di sebuah negeri, penjawat PTD tertinggi,ahli akademik, ahli politik dan sebagainya.

Sebagai catatan memoir ringkas ini, rakan persekolahan TB di SDAD dan lepasan SDAD Tingkatan Enam era 1972-73 kini berbangga kerana telah 'melahirkan' Haji Obet Tawil (kini Dato') yang ketika catatan ini ditulis masih memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUK JOHOR) iaitu suatu jawatan paling tertinggi dalam pentadbiran Negeri Johor(JCS).Jawatan Pengarah Pelajaran Johor kini disandang pula Mohd Nor Ghani. Manakala Dr Sudin Harun kini Profesor di UUM, Mohamad Aman seorang usahawan dan yang lain-lain ramai telah menjadi 'tokoh' tetapi di mana mereka TB tidak pasti.

Bagi lepasan Tingkatan Eanam 1973-74 iaitu rakan sedarjah (classmate) TB ialah antaranya yang difahamkan masih bertugas ialah Norizan Kulob (Haji) sebagai Timbalan SUK Johor, Burhan Mohd Amin (Haji) Datuk Bandar, Bandar Raya Johor Baharu,Johor, Abdul Rahman Abdol (Y.A Haji) Hakim Mahkamah Sivil Shah Alam,Selangor D.E, Abu Hassan Harun (Guru Kanan Tingkatan Enam) di sebuah sekolah menengah di Johor, Hamdan Hasnan (Haji) diberitakan sebagai Pengarah Jabatan Penerangan Johor, Dr Baharu Kemat (Prof Madya Haji) di UNITAR dan, Tumaisuri Sukami (Haji) seorang usahawan.Bagi Tingkatan Enam Sains yang TB kenal pasti ialah Dr Dahalan yang kini Profesor di UPM Serdang.Manakala yang lain-lain ada yang sudah bersara sama ada bersara pilihan atau bersara wajib (55,56,57,58 tetapi belum 60!) dan ada yang telah meninggal dunia! Apa yang TB tahu yang telah meninggal dunia sewaktu berkhidmat ialah Liza Sitam, Hashim Mos, Marsidin dan Syed  Jaafar.

Bagi yang lain-lain TB tidak pasti; sila respons dan berikan maklumat. Semoga suatu masa, suatu zaman ada di antara rakan kita akan mengadakan 'reunion' bagi mengembalikan nostalgia manis bagi meneruskan hidup yang berbaki dalam kenangan yang manis dan indah. Wallualam! (TB)

Tiada ulasan: