Ke mana hala tujumu
setelah kau padamkan
kata-kata indah damai
yang kami mahu hulurkan
sebagai hamba muslim sejati
Belum puaskah
kau memikul derita
perjalanan liku pahit
yang kau ciptakan
hingga anak-anak terpalit
luka hati rindu membara
Jangan kau tangisi sesali
takdir llahi kau ingkari
usah mengemis sana sini
mencipta seribu cerita dusta
aku sudah tidak peduli lagi
dosa-dosamu tanggunglah sendiri
Aku sentiasa mendoakan
hijab pintu yang tertutup
dibukakan suatu hari
demi perjalanan anak-anak
yang kau bawa tidak pasti
mendung yang terlalu lama
memugari!
RAJIEE HADI,
Bandar Bukit Mahkota,Bangi.
17 April 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan