Salam Perjuangan

29 April 2013

DUN GAMBIR LEDANG PAS BOLEH TAWAN DENGAN SYARAT......

SUDAH dua penggal M.Astojan (BN-MIC) mewakil DUN GAMBIR dalam parlimen Johor kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. Apakah kali ini membuktikan lagi Melayu sebenarnya majoriti dalam minoriti? Maksudnya walaupun Melayu adalah majoriti, tetapi diwakil wakil lndia daripada MIC yang mana nikmat pembangunan pesat yang melimpah-ruah tetapi dimonopoli dan diraut oleh kaum Cina di DUN Gambir. Apakah kali ini merubah segala? Apakah pemimpin UMNO di Bukit Gambir terus 'tutup mulut' dek kenyang dalam kesenyapan?

Kali ini PAS mengemukakan calon seorang intelek dan berintegreti' Dr Mahfouz. Tidak salah jika kali ini pengundi Melayu/lslam memilih beliau atas nama ketokohannya , atas nama individu itu.Tidak salah jika kali ini pengundi lslam mahukan seorang 'khalifah merangkap imam' bagi mengemudi kehidupan dunia dan akhirat.Namun kehadiran calon Bebas boleh 'kacau daun' juga.

Apapun PAS Gambir wajib bekerja keras. PAS Gambir wajib mendekati semua pengundi;tidak kira pengundi lslam ataupun bukan lslam.Tidak kira Melayu, Cina ataupun lndia. Semua petugas Pas mestilah positif. Pendekatan 'dari rumah ke rumah' adalah wajar. Tahu menyebut sepatah dua bahasa suku kaum Jawa adalah suatu kelebihan.Tahu menyenaraikan nama-nama makanan atau kuih-muih masyarakat Jawa juga sesuatu yang wajar. Sudah tentu Wak Tukiman, Pak Giman Lek Samingan, Kak Penah, Wak Jaman, Saerah, Suminah dan Sukaimi di Bukit Gambir atau Sengkang akan tersenyum gembira.

Pas juga patut berkempen secara berbisik-bisik.Pohon semua pengundi bersepakat,bersatu hati. Beritahu pengundi vateran akan hakikat semasa. Usah mengumpat dan memburuk-burukkan pihak lain. lni banyak memberi kesan seperti perang saraf. Mengedarkan pamlet, flyer, dan apa jua bahan ringkas terutamanya biodata calon Pas adalah boleh memberi kesan. Sebagai 'think tank' pilihan raya pada masa lalu; TB yakin berbekalkan pengalaman lalu; dan azam,semangat kuat dan kesepakatan petugas Pas maka tidak mustahil Dun Gambir kali ini adalah milik Pas.
Takbir!

Tiada ulasan: