Salam Perjuangan

23 April 2013

AZMI AHMAD CALON PAS TIDAK SERIUS TANDING DUN SEROM PARLIMEN LEDANG?

SEHINGGA kini TB tidak dapat mengesani dan mengenal pasti; siapakah AZMI AHMAD calon PAS DUN SEROM. TB layari google dan yahoo dan sumber-sumber lain tetapi tidak dapat mengetengahkan nama beliau dengan lebih jelas.

Adakah beliau 'suka-suka' bertanding; sekadar calon tangkap muat? Setahu TB, di kawasan Serom nama  Mohd.Yunus Samad tidak asing lagi sebagai 'duta kecil' Pas yang aktif. Pak Yunus dikatakan sering 'solo' dan tetap bersemangat apabila menceritakan perjuangan Pas dan lslam. Bahkan yang lucunya, Mohd Yunus Samad pernah TB terjumpa beliau sewaktu menghadiri program Pas berhampiran Masjid Ar-Rahman,Universiti Malaya,Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu.

Selain itu,seorang aktivis muslimah Pas di kawasan Labis, Segamat iaitu Puan (Cikgu) Normala yang pernah menjadi calon Pas di PRK pada musim lalu (tewas) dikatakan berasal dari Kampung Serom 3. Adakah tidak ada saudara mara beliau yang turut bergerak cergas dengan Pas di kampung asal kelahirannya? Mengapakah Cikgu Normala tidak dicalonkan di Dun Serom,tempat asal usul kampung kelahirannya? Tidakkah ini merupakan satu kesilapan percaturan Pas negeri Johor?

Sehingga kini TB tidak tahu siapakah Azmi Ahmad calon Pas Dun Serom. TB telah menghubungi beberapa orang pengundi Dun Serom yang amat ingin mengetahui siapakah Azmi Ahmad.Justeru ada baiknya bagi sesiapa yang tahu maklumat Azmi Ahmad atau 'tuan punya badan' itu memberi reaksi dan ulasan positif dalam blog ini.lnilah peluang bagi beliau untuk menampilkan latar dirinya. Kalah menang adalah soal kedua.

Apa yang TB hasratkan biarlah calon-calon yang mahu bertanding di Dun Serom betul-betul serius. Bukan sekadar menebar jala.Bukan sekadar memancing nasib.Bukan sekadar menerima arahan pucuk pimpinan. Mana ada kejayaan tanpa usaha? (oleh TB)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada komen daripada PAS?

Tanpa Nama berkata...

Abd. Razak Minhat pernah bekerja sebagai Accountant di Telekom Malaysia, Bahagian Corporate Strategy di bawah seliaan kawan saya yang menjadi bossnya.

Saya sebagai anak jati Serom belum pernah miss mengundi demi orang kampung saya, tetapi kali ini adakah saya akan balik kampung untuk mengundi? Entahlah....

Tanpa Nama berkata...

Kawan sy juga pernah menjadi Comp.Manager di TM HQ. Sekarang dah buka bisnes sendiri. Biasanya orang macam ini suka himpun harta. Sy pun entahlah...nak undi Pas tak tahu pula siapa orangnya...