SELEPAS melahirkan anak, mesti kena berpantang. Berpantang pada zaman teknologi komputer ini bukanlah bermaksud berpantang daripada makan makanan berkhasiat ataupun tiada beriadah.Pada yang pernah melalui pengalaman berpantang kadang-kala merimaskan tapi banyak kebaikan.
Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan anak adalah adat dan amalan yang wujud pada sejak sekian lama. Dalam Islam, tidak ada larangan bagi wanita berpantang keluar dari rumah kurang dari 44 hari kelahiran bayi. Ia hanyalah adat & budaya semata-mata.
Kalau ikut orang yang lebih tua daripada kita, berpantang adalah proses untuk memeliharakan kesihatan & kewanitaan dalaman luaran wanita tu. Ini kerana proses bersalin tu mengeluarkan tenaga yang begitu banyak & memutuskan banyak urat di dalam tubuh wanita.
Apabila tiba mandian pertama selepas bersalin, maka hendaklah dititikberatkan episiotomi (jahitan akibat guntingan yang dilakukan di bahagian perinium), bagi yang bersalin secara normal. Pertama sekali, jiruskan bahagian luka itu dengan cecair Dettol yang dicampurkan dengan air suam. Kemudian, tekapkan / lap perlahan sehingga kering & disudahi dengan tekapan minyak gamat. Lakukan rutin yang sama setiap kali mandi. Kalau mahu cepat sembuh, lakukan setiap kali buang air kecil. Insya-Allah, dalam 4-5 hari, luka itu akan kering & benang jahitan akan jatuh sendirinya.
Sembelit semasa berpantang anak pertam amat menyeksakan.Ada si ibu terpaksa duduk di atas mangkuk tandas hampir sejam & air mata berguguran sebab sembelit. Pedih & sakit sebab luka jahitan belum sembuh lagi. Suami boleh menjadi peneman di luar pintu tandas. Ini gara-gara minum air kopi.atau teh. (Ikut cakap orang-orang tua).
Apabila berpengalaman masuk anak kedua & ketiga, elakkan air kopi. Alternatifnya, minum Milo. Sememangnya berkesan untuk elakkan sembelit di samping menambah susu badan.
A malkan makan sup ayam & sup ikan merah. Kalau bosan dengan menu sama, masak sendiri ayam / ikan merah berhalia. Ya berselera tapi jangan tambah nasi, penuhkan saja pinggan dengan nasi putih panas. Ini pun pantang ikut orang tua juga.
Bagi yang ambil berat bahagian perut, sapu kapur yang dicampur perahan limau nipis pada tempat yang mahu dikempiskan. Pakai bengkung setiap masa hingga habis pantang sebab inilah amalan ibu-ibu zaman dahulu yang membuatkan dia ramping walaupun umur mencecah 60 tahun.
Jangan lupa makan jamu selepas 10 hari bersalin atau selepas 44 hari pantang jika khuatir memberi kesan susu ibu kepada bayid isamping bertungku. Berurut juga penting, kalau boleh berurutlah sebanyak 5-7 kali semasa tempoh berpantang.
Insya-Allah, kalau rajin amalkan pasti badan akan kembali seperti sebelum berkahwin. (edit:TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan