Salam Perjuangan

18 April 2013

NAJIB SAYANG HINDRAF?

JANGAN buat pusingan 'U'. Itulah harapan sebilangan besar pengundi Melayu yang mula berubah mood kepada BN. Tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang dijangkakan. Hindraf dan BN menandatangani memorandum persefahaman (MOU) baru untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India Malaysia.Apakah MIC,PPP dan parti-parti berjenama kaum lndia yang lain telah 'berkubur'?

Perdana Menteri semantara, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir secara peribadi dan menandatanganinya dalam satu majlis di Dewan Sekolah Tamil Vivekananda, Brickfields, Kuala Lumpur petang tadi.

Pelan tindakan asal Hindraf bertujuan untuk menyelesaikan enam masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat India, iaitu: pekerja ladang tanpa tempat tinggal, mereka tanpa kerakyatan, kekurangan akses kepada pendidikan dan peluang pekerjaan dan keganasan polis termasuk kematian dalam tahanan.

Beberapa penyelesaian yang dicadangkan termasuk mewujudkan kementerian halehwal minoriti, melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan mengesahkan Konvensyen Antarabangsa PBB mengenai penghapusan semua bentuk diskriminasi Kaum.


Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dijangka akan menghadiri acara bersama Hindraf hari ini untuk menyatakan sokongan ke atas rangka tindakan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India Malaysia yang dibentuk oleh kumpulan pendesak tersebut.
Penasihat Hindraf N Ganesan ketika dihubungi berkata Najib akan menghadiri majlis berkenaan dan menandatangani satu perjanjian.

“Kita sahkan rangka tindakan itu akan disokong oleh BN. Najib dijangka menghadiri majlis itu di Dewan SJK(T) Vivekananda, Brickfields, Kuala Lumpur, pada jam 6 petang ini,” katanya.

Pengerusi Hindfraf P Waythamoorthy juga akan hadir, katanya.(sumber: MK, 18/04/13 dan disesuaikan oleh TB)

TB: Maklumat dan info yang TB terima daripada orang ramai khususnya orang Melayu yang merupakan pengundi majoriti dan penyokong tegar UMNO berasa terkilan dengan 'perubahan suhu' Datuk Seri Najib Razak tatkala pengundi Melayu sudah mula sedikit demi sedikit UBAH mood positif kepada BN khususnya kepada calon PRU 13 UMNO. Apa tidaknya Najib masih 'berdegil' seolah -olah  tunduk kepada sebuah PERTUBUHAN HARAM seperti Hindraf (sila rujuk ROS).

Hindraf pula seolah-olah bagaikan mengugut dengan meminta Najib menandatangani 'hitam putih' surat perjanjian atau MOU. Apakah istimewannya Hindraf hingga melebihi MIC? Kita sedia maklum; pengasas Hindraf yang terdiri para peguam tentu akan memanipulasikan sekiranya apa jua impilikasi daripada MOU ini. 

Namun atas kapitisiti Najib secara 'peribadi' dan 'Perdana Menteri sementara' maka ada pihak yang merasakan MOU itu tidak perlu digusarkan. Namun rata-ratanya TIDAK SETUJU Najib membuat pusingan 'U' yang boleh menghilangkan mood pengundi Melayu. TB rasakan begitu jua! Hati-hatilah; sesal dahulu berpendapatan; sesal kemudian tidak berguna! (TB)

Tiada ulasan: