Salam Perjuangan

28 April 2013

SELAMAT DATANG NAJIB KE BANGI

SELAMAT datang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke DUN Bangi, Selangor. Itulah harapan dan penantian para pengundi DUN Bangi. DS Najib Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor kini giat 'meronda' berkempen seluruh Negeri Selangor.Misi menawan Selangor giat dilakukan walaupun dalam kesibukan beliau berkempen di negeri-negeri lain.

Di Selangor Najib terus mengumumkan manifesto dan akujanji tambahan seperti memberi peruntukan pembinaan dewan di SJK Tamil di ljok.Begitu juga dalam siri lawatan beliau ke daerah-daerah lain.

Namun pengundi Parlimen Serdang khususnya di DUN Bangi masih terus menanti Najib mengumumkan pembinaan jalan baru di Bandar Baru Bangi, tambahan peruntukan untuk Sekolah Rendah Agama lntegrasi (SRAI) Bandar Baru Bangi dan sebagainya. Dengan memberi bantuan kepada SRAI tidaklah ibu bapa terbeban dengan  bayaran 'paksaan' PIBG 'secara bulanan' dan bayaran yuran tambahan (sekarang: semua sekolah di bawah KPM; percuma tiada yuran persekolahan). Perhatian ini penting agar SRAI dalam Selangor tidaklah bagai dianaktirikan jika dibandingkan SJK Tamil dan SJK Cina.

Begitu juga pengundi DUN Bangi masih menanti pembangunan semula pekan Bangi dan masjid kampung Bangi lama yang daif dan uzur. Begitu juga pengundi amat berharap Najib dapat mengumumkan langkah drastik bagi pembinaan segera masjid kariah bagi warga Bandar Seri Putra dan masjid kariah Bandar Bukit Mahkota,Bangi yang sudah lebih 5 tahun terbengkalai.

Rakyat DUN Bangi kini bersemangat menanti 'pintu masuk' Bangi bagi menanti Najib mengotakan bahawa rakyat didahulukan. DUN Bangi bukanlah DUN panas sepanjang masa jika bijak didekati dengan penuh hemah dan budi bicara. Selamat datang DUN N26 Bangi parlimen Serdang! (oleh TB).

Tiada ulasan: