Salam Perjuangan

28 April 2013

DUN SEROM LEDANG: CALON BELUM BERGERAK

SEMALAM 27 April, TB terima laporan daripada sebilangan besar warga emas di kawasan Serom terutamanya di Sungai Mati, Serom l,2, dan 3 bahawa calon BN DUN SEROM Abdul Razak Minhat belum pun bergerak dari pintu ke pintu untuk menemui para pengundi khususnya menemui warga emas.

Apa sudah jadi Abdul Razak? lnilah masanya setiap calon menunjukkan komitmennya.Walaupun DUN SEROM kawasan selesa namun menang atau kalah; tujuan menjadi calon atau wakil rakyat biarlah niat kerana Allah.lni bagi menunjukkan keberkatan yang akan kita peroleh kelak daripada Yang Maha
Berkuasa.

TB diberitahu bahawa Abdul Razak akan menemui setiap warga emas yang berusia 60 atau 70 (tidak berpencen) ke atas bagi merekodkan nama mereka yang 'terlepas pandang' agar dapat diketengahkan bagi skim bantuan Jabatan Kebajikan Msyarakat daerah setiap bulan dan skim bantuan lMKarisma.

lnilah 'assigment' awal bakal calon bagi menunjukkan keprihatinan bagi membuktikan slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN'. Sayugia diingatkan mulai PRU 13 ini dan seterusnya zaman mendahulukan kroni suku-sakat telah berakhir.Jika tidak mendahulukan rakyat ini bermakna wakil rakyat tersebut telah 'menderhaka' kepada parti yang didukungnya dan pemimpin parti yang diwakilinya. Justeru sudah tentu peluang menjadi YB hanya sepenggal sahaja dan aduan boleh terus diajukan kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Pengerusi BN. Beringat-ingatlah...'zaman disaluti emas telah berakhir'...........(TB)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul. Abdul Razak Minhat ni elok kotakan janji nak bangunkan kawasan Serom. Belum apa-apa lagi tak buat apa-apa nak kenal orang Serom.

Tengok cara satu penggal je untuk calon begini!