Slogan yang dibawa oleh pembangkang iaitu''Ubah Kali
Ini'' atau ''Mari Kita Ubah'' tidak terasas kepada realiti, kata Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaah Datuk Seri Dr Rais Yatim. Katanya, keperluan mereka untuk mengubah kerajaan adalah langkah
pembangkang yang biasa.
"Mereka tidak kira apa kebaikan yang telah kerajaan Barisan Nasional
(BN) lakukan, cuma mereka mahu menggalakkan perubahan itu dari kaca mata sempit mereka.
"Tetapi kalau rakyat meneliti rekod pencapaian kita secara fizikal, misalnya di Jelebu sendiri dalam lima tahun kebelakangan ini, lebih dari
RM42.8 juta kita ''curahkan'' untuk pembangunan kepada rakyat Jelebu dan
faedahnya telah diterima oleh rakyat.
"Tetapi apa yang pembangkang boleh ubah? Jadi sistem pemikiran ini
harus ada pada setiap insan dan tidak hanya menerima slogan kosong dan setiap
kata-kata yang dihanburkan mesti dilengkapkan dengan rekod, data dan dengan perkara
yang telah dialami...ini tidak ada pada slogan pembangkang," katanya
kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan Parlimen Jelebu di Simpang Pertang dekat
sini,
hari ini.
Beliau sebelum itu menikmati ''minum petang'' bersama pemimpin masyarakat Melayu, Cina dan India di sebuah kedai kopi di Simpang Durian dalam siri
kempen beliau membantu calon BN.
Turut hadir ialah calon BN bagi kerusi Parlimen Jelebu Zainudin Ismail dan
calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang Datuk Jalaluddin
Alias.
-- LAGI
RAIS-SLOGAN 2 (AKHIR) JELEBU
Oleh itu, Rais berkata kekosongan ini harus dirasai oleh rakyat dan tidak ada pilihan bagi rakyat selain daripada menegakkan kebenaran dan
memunculkan data BN yang berupa sumbangan dari kerajaan serta melihat keluarga masing-masing.
"Dari situ kita nampak apa BN sudah buat dan kita tidak hairan kalau
pucuk pimpinan pembangkang datang ke Jelebu atau ke Seremban sebab jual ubat
kosong. Ini sesungguhnya cara mereka menarik perhatian tetapi dalamnya tidak ada
isian," katanya.
Sementara itu, Zainudin yakin BN akan beroleh kejayaan di Parlimen Jelebu dan empat kerusi DUN di bawahnya iaitu Chennah, Pertang, Sungai Lui dan
Klawang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini kerana sokongan rakyat yang
padu.
"Antara faktornya ialah kerana di sini tiada isu besar boleh
dibangkitkan oleh pembangkang. Keseluruhan penduduk Jelebu umumnya sudah boleh menilai
di antara yang baik dan tidak baik.
"Mereka sudah sekian lama bernaung di bawah BN dan sudah banyak bukti sebenarnya tentang pembangunan, kemajuan, kenikmataan dan keselesaan
rakyat di bawah BN. Jadi, soal nak ubah itu saya fikir di Jelebu tidak menjadi satu perkara yang menarik bagi rakyat," katanya.
Bagi Jalaluddin pula, masyarakat di DUN Pertang akan bersama BN kerana mereka sudah merasai tentang transformasi yang dibuat oleh kerajaan kerana
ini memberi kesan yang baik yang turut dirasai masyarakat luar bandar. (sumber: Bernama, 26/04/13)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan