Salam Perjuangan

12 April 2013

Puisi: DAMAIKAH MALAYSIAKU?

pemilik salon ditembak lima das
pelancong columbia ditahan pecah rumah
dua lelaki cedera ditembak di pub
enam penjenayah lombok diburu
lelaki nigeria dipenjara kerana dadah
ops sayang tahan gro
warga afrika mengamuk di balai polis
dua wanita iran digantung mati edar syabu
ahli geng morning glory diburu
ahli kongsi gelap parah ditembak
tiga lelaki afrika dan gadis tempatan ditangkap
sindiket tipu internet berleluas
setiap selamat pagi malaysiaku
laporan jenayah akhbar arus perdana
berita terkini laporan mutakhir
dalam malaysiaku hari ini
hari ini cuma hari ini!


RAJIEE HADI,
Putra Nilai,
Mac 2013.




Tiada ulasan: