Berdasarkan komposisi 52 peratus pengundi Cina dan 12 peratus India di kawasan separa bandar itu, DAP sebelum ini yakin mendapat majoriti daripada pengundi bukan Melayu dan separuh daripada 34 peratus undi Melayu, sekali gus dengan mudah menyelamatkan Lim.Bagaimanapun, pengaruh Ghani dilihat mampu mengekang kehilangan sokongan BN ke tahap paling minimum di Nusa Jaya, salah satu daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gelang Patah.
Ghani juga dilihat ramai masyarakat Cina di Johor sebagai pemimpin Umno yang sederhana dan rendah diri dan kenaikan harga hartanah di Iskandar - yang juga terletak di Gelang Patah - sebelum ini seolah-olah "tepukan" kepadanya.
Sekiranya menteri besar empat penggal itu selamat dengan 85 peratus undi Melayu di Gelang Patah, DAP perlu meraih 80 peratus undi Cina dan 40 peratus India untuk mengalahkannya dengan majoriti tipis 1.5 peratus.(sumber : MK, 06/04/13)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan