Salam Perjuangan

16 April 2013

SHAHRUM MOHD SHARIF - CALON BN DUN DENGKIL, SELANGOR

TAHNIAH kepada Sdr Shahrum Mohd Sharif, jika tidak silap TB anak kepada Datuk Mohd Sharif Jajang bekas Exco Selangor (BN) dan bekas wakil rakyat bagi DUN Dengkil beberapa tahun yang lalu. TB mengenali ayah beliau yang sama-sama satu kariah masjid pada suatu ketika dahulu sebelum TB berkhidmat di luar negara.

SYABAS; jika kita ada niat berkhidmat dan berbakti kerana Allah SWT lambat laun akan memperoleh kejayaan. Apapun TB berharap Shahrum akan bekerja keras sambil lebih mesra mendekati masyarakat tanpa mengira apa jua fahaman politik mereka. Jika ada niat ikhlas mahu berbakti demi agama lslam dan bangsa Melayu; tidak ada sebab beliau tidak boleh memenangi PRU ke-13 ini.

SEMOGA berjaya! (TB)

1 ulasan:

TIUB BOCOR berkata...

TAHNIAH kerana kemenangan sdr walaupun BN tewas di parlimen. Blog ini mencatat ranking yang tinggi; orang ramai klik ingin mengetahui ADUN Dengkil. Jangan lupa apa pesanan blogger yang dicatat dalam pesan ini.Terima kasih jika terus ingat pesanan ikhlas ini. Tahniah.