Salam Perjuangan

07 April 2013

ABIM TIDAK TERIMA ANWAR IBRAHIM?



ANGKATAN  Belia Islam Malaysia (ABIM) perlu mempertahankan institusi itu daripada dipergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pertubuhan ini merupakan satu badan dakwah yang telah menjadi sumber kekuatan kepada perjuangan Islam selama ini.

Bekas presidennya, Dr. Yusri Mohamad berkata, tindakan itu sejajar dengan usaha memperkasakan kepimpinan ABIM dengan kedudukannya sebagai badan dakwah dan tarbiah yang memperjuangkan Islam di negara ini.
''Islam menuntut umatnya supaya lebih berhati-hati untuk memilih pemimpin yang tidak melakukan syubahah dan tidak mendukung mana-mana parti politik dalam perjuangannya.

''Justeru, badan dakwah itu dituntut supaya setiap tindakan pemimpinnya tidak mencemarkan nama baik badan itu dengan kepartian, selain memastikan perjuangannya memenuhi tiga kriteria kepimpinan ulama iaitu beriman, bertaqwa dan berilmu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pemilihan aktivis ABIM, Datuk Idris Jauzi sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Batu Pahat pada pilihan raya umum kali ini, seperti diumumkan Anwar baru-baru ini.

Menurut Yusri, kecenderungan itu memberikan impak kepada hala tuju perjuangan ABIM sebagai sebuah badan dakwah yang sepatutnya tidak berpihak pada mana-mana parti politik, sebagaimana pendirian pertubuhan tersebut selama ini.

Dalam pada itu, Yusri berkata, sepatutnya ABIM tidak berkompromi dengan Anwar dalam perkara ini kerana tertubuhnya badan ini atas nama Islam dan Islam merupakan teras perjuangannya.
"Tindakan Anwar mengheret Idris dalam politik merupakan tamparan besar yang tidak boleh diterima oleh ahli-ahli ABIM.

"Ini juga menggambarkan ABIM sebuah badan dakwah yang sanggup bersekongkol dengan perjuangan Anwar walaupun kredibiliti, integriti moral dan pegangan agama pemimpin pembangkang itu terbukti telah tercalar," ujarnya. (Sumber : MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK)

 

Tiada ulasan: