DATUK KAMILIA IBRAHIM diberitakan keluar UMNO dan meletakkan semua jawatan dalam parti termasuk Naib Ketua Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi serta merta pada saat-akhir hari akhir menjelang hari penamaan calon. Ekoran itu, beliau dipecat serta merta.
Walaupun TB tidak mengenali secara dekat Datuk Kamilia tapi TB sebagai rakan UMNO yang sentiasa mengikuti sejarah perkembangan UMNO sejak penubuhannya (kebetulan TB adalah pelajar terbaik subjek Sejarah semasa zaman persekolahan lalu) maka banyak hal yang berkaitan susur-galur UMNO TB ikuti dan fahami.
Nama Datuk Kamalia jika tidak sebaris dengan nama Datuk Seri Rafidah Aziz (sekarang Tan Sri), paling kurang pun namanya mengikuti Rafidah Aziz sepanjang karier politik mantan ketuanya. Paling kurang pun sudah melebihi 30 tahun beliau berkecimpung dan berbakti kepada UMNO khususnya sayap wanita UMNO.
Tentu beliau banyak bersabar menanti gilirannya kerana menghormati bekas bosnya Rafidah di parlimen Kuala Kangsar. Kemudian beliau masih setia menghormati bos keduanya, Datuk Sharizat Jalil yang sejak awal mengistiharkan tidak mahu bertanding lagi di kerusi parlimen tradisinya.
Maka sudah tentulah Kamilia merasakan gilirannya telah tiba.Beliau tahu siapa dirinya.Beliau sedar matlamat dan hala tuju politiknya.Justeru demi maruah diri, apabila pucuk pimpinan tidak ada lagi 'deria rasa deria fikir' terhadap dirinya maka beliau pun membuatkan keputusan dramatik yang mengejutkan banyak pihak.
TB tabik kerana Kamilia mempunyai prinsip, Kamilia mempunyai maruah dan harga diri. Kamilia sudah membuat keputusan ke manakah haluannya.Beliau rela dipecat demi sebuah maruah! Dan Kamilia mengambil keputusan bertanding atas tiket bebas.
Oleh itu kepada para pengundi parlimen Kuala Kangsar, jika anda mahu memilih seorang pemimpin yang tahu harga dan jati diri maka bukan mustahil undi anda akan beralih kepada Kamilia. Kemenangan Kamilia adalah kemenangan sebuah maruah! (TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan