PADA pengumuman senarai calon PRU 13 Pahang beberapa hari lalu, TB gembira apabila nama Mohd Shahrum Osman (Datuk Dr) diumumkan sebagai calon Parlimen Lipis, Pahang (BN)buat penggal ketiga. Sebagai rakan lama, teman sekuliah semasa kami belajar ijazah pertama di sebuah universiti tempatan pada awal 1980-an tentu TB berfikiran positif.TB merasakan itu adalah tuah dan rezeki Shahrum. Dan TB menjangkakan Shahrum sebenarnya berada dalam zon selesa di Lipis, kampung kelahirannya.
Namun dalam politik; sesiapa pun tidak menjangkakan selagi borang pencalonan rasmi belum diserahkan kepada SPR pada hari penamaan calon, Sabtu 20 April ini. Begitulah yang terjadi kepada Shahrum, sahabat sekuliah TB. Pada petang ini, Pengerusi Barisan Nasional Pahang, Datuk Adnan Yaakob mengumuman pengguguran nama Datuk Dr Mohd Shahrum Osman! Siapakah penggantinya dan apakah sebabnya, tidaklah perlu paparkan.
Apapun kepada Shahrum; setiap yang berlaku ada hikmahnya. Pengalaman Sdr berkhidmat sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen dan yang paling penting sebagai pendidik sepanjang zaman tentulah meninggalkan seribu satu pengalaman pahit manis. Apa yang penting, TB berharap Sdr kembali seperti dahulu sebagai Shahrum yang sihat walafiat. Kami sahabat lama tetap mahu bersama seperti dahulu jika ada kesempatan 'reunion' kembali. (TB).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan