Salam Perjuangan

17 April 2013

DUN SEROM,LEDANG: BN ABDUL RAZAK MINHAT & PAS AZMI AHMAD SIAPAKAH MEREKA?

SEBAGAI anak jati kelahiran Serom- Sungai Mati  Muar, Johor sejak zaman berzaman turun-temurun datuk neenek moyang yang mana kampung kelahiran TB termasuk dalam DUN SEROM Parlimen Ledang maka TB amat teruja siapakah bakal wakil rakyat pasca Ghani Othman yang TB sendiri tahu anak Allahyarham Cikgu Othman Kechik yang berasal dari Kampung Sungai Mati Jalan Pulau Penarik.

TB tahu susur-galur sejak lama dahulu Parlimen Ledang sering diwakili wakil rakyat dari luar.Tentu masyarakat di kawasan Ledang ingat nama-nama Embong Yahya, Mohd Nor Mohd Dom dan selepas itu yang TB rasa datang dari luar. Seingat TB  nama-nama seperti Ahmad Arshad (senator), Ahamd Yusop (senator) dan Ngah Abdul Rahman adalah bekas-bekas wakil rakyat parlimen Ledang dari tempatan; selain Ghani Othman.

TB tidak faham kenapakah generasi dahulu anak-anak kawasan Ledang khususnya Serom dan Sungai Mati yang rata-ratanya terpelajar tidak ditarik atau ditambat hati mereka untuk bersemenda bersama UMNO Ledang? Adakah UMNO Ledaang berpuas hati hanya ahli-ahlinya terdiri daripada para kontraktor,ahli perniagaan, golongan guru sekolah atau kakitangan sokongan kerajaan?Adakah Pas kawasan Ledang boleh menarik golongan profesional dan terpelajar anak-anak kelahiran bahagian Ledang sama ada buat masa ini atau untuk jangka panjang kelak?

Justeru apabila dinamakan calon UMNO/BN bagi DUN Serom Abdul Razak Minhat, TB sendiri garu kepala dan bertanya dalam hati,'anak siapakah ini? dari kampung mana?'. Begitu juga Azmi Ahmad calon DUN Serom Pas, TB tidak pasti latar belakang dirinya.Maka ada baiknya jika melalui blog ini,TB secara terbuka dan neutral menerima daripada sesiapa yang boleh mengirimkan biodata calon BN dan calon PAS ini sebagai wadah kempen.Apapun terpulanglah.(TB)

9 ulasan:

Unknown berkata...

Abd razak minhat adalah anak jati kg prt pelampong bkt kangkar sg mati ledang johor..berkelulusan master holder mempunyai firma chartered acc di pekan bkt gambir ledang..pernah berkhidmat di tnb dan berpengalaman luas didlm bidang politik bersama umno..beliau adalah calon yg bersesuaian utk meneruskn legasi n pengganti yb abd ghani demi kelangsungan transformasi kerajaan yg dpt mengubah n memajukan lg keadaan ekonomi n kemajuan penduduk tempatan sekitar yg beliau wakili..insyaallah

TIUB BOCOR berkata...

Terima kasih.Tahniah.Saya rasa Cikgu Khamis Sariban dari Kg Bukit Kangkar datang dari kawasan kampung yang tersebut.Selain berkempen menggunakan ICT, pendekatan secara tradisional dari rumah ke rumah wajar dipraktikkan bagi memupuk budaya ramah mesra.Calon ADUN pastikan warga emas yang berumur 60 ke atas terutamanya yang 70 ke atas bagi kawasan Serom,Sungai Mati,Bukit Kangkar tidak terlepas pandang daripada menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah dan bantuan Karisma lM.Ada mereka yang tidak terpilih.Pastikan agar mereka tidak dianaktirikan. Ada sesiapa pula yang boleh mengirimkan biodata AZMI AHMAD (PAS) pula?

Unknown berkata...

Cikgu khamis mmg familiar..anak jati bkt kangkar..setuju dgn pandangan tn cara berkempen dr rumah ke rumah supaya mudah org kenal..maklumlah area2 bkt kgkar sg mati serom ni ramai org2 lama yg perlukn pendekatan sebegitu berbanding penggunaan ict..setuju jg dgn cadangan tn agar bakal yb dpt lihat bantuan utk warga emas yang berumur 70 ke atas di kawsan2 tersebut agar tidak terlepas pandang daripada menerima bantuan yg sepatutnya dr agensi2 berkaitan..maklumlah area ni ramai org2 lama atuk nenek moyang yg pernah merasa kepahitan melalui zaman penjajahan..utk calon pas sy kurang pasti n kurang kenal..

Tanpa Nama berkata...

kalau pakcik minhat dari parit pelampong memang kenal sangat, tapi abdul razak sata tak kenal sangat, kalau adik2 dia rahman, rashid, latif, ghani, zubaidah memang saya kenal. dulu2 pakcik minhat nie berniaga apam balik. bukan org senang.

Tanpa Nama berkata...

Razak Minhat jika nak menang atau dah menang..jangan jadi macam Pak Ghani 0thman....terus DUN SEROM jadi pekan koboi...mesti ada wawasan..pelan pembangunan prasana dan ekonomi untuk orang Melayu..mesti kuat bekerja, mesti ada pejabat Pusat Aduan Masyarakat DUN Serom..jika tidak, menang pun satu penggal ajelah....

Unknown berkata...

Abd razak adalah anak yg sulong..ada jgk jasa yb ghani tanpa usahanya pekan bkt gambir tak kn semaju spt yg kita nmpk hr ini..utk sepjg serom dah boleh nmpak pembangunan perumahan dan kedai2..prt zing pun akan ada hiway..cuma kena perbyk kan kedai2 majlis utk tingkatkn ekonomi org melayu..masalah org melayu ni bila da dpt gerai tu tak niaga pulak..mungkin sbb mentaliti lebih gemar gerai2 yg atap zink tepi jln..pejabat pusat tu cadang mungkin yb razak boleh gunakan pejabatnya firma charteref accounting di deretan rumah kedai di bkt gambir berdekatan 7 eleven..

Tanpa Nama berkata...

lmej pekan koboi dan dato ghani othman tetap ada.Bukit Gambir tidak masuk dalam DUN Serom.Itupun orang Cina yang dapat sapu dan mampu dengan pembangunan .Jika ada melayu pun pasar Fama sejak dahulu.Pekan Serom boleh dibina gerai seperti kompleks Mara oleh majlis daerah atau seperti R & R lebuh raya. Buat dahulu..Begitu juga Sungai mati..jika nak jadikan pekan antik buat betul-betul seperti di Singapura.Kekalkan bangunan lama dengan 'upgrade' dan cat warna-warni..tapi janganlah semua pintu kedai tutup!Mujur ada warong Sahak bin Budin tempat Melayu berlonggok...jika ada wartawan ambil gambar siar akhbar..hanya itu kedai Melayu di pekan kampung Ghani othamn tentu memalukan BN....fikir-fikirkanlah.AZMI AHMAD PAS pun manalah tahu....

Unknown berkata...

tahniah abd ghani minhat..slmt berkhidmat dgn jayanya utk rakyat

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan. Tak silap saya En. Abdul. Razak Minhat ni bekas staff TM Muar. Tahniah kepada beliau kerana menang pada PRU 13 kelmarin. Harap beliau dapat memikul tanggung jawab sebagai ahli DUN Serom dengan berwibawa.