Salam Perjuangan

20 April 2013

DUN 26 BANGI SELANGOR PANAS!

PENAMAAN calon telah selamat berlangsung. DUN 26 Bangi menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Haji Shafie Ngah PAS (muka baharu/penyandang) dengan Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, BN (baharu).

Haji Shafie telah mula mempromosikan namanya selaku Ahli Majlis Perbandaran Kajang sejak beberapa bulan lalu melalui banner yang tergantung di tiang-tiang TNB di sekitar Bandar Baru Bangi (BBB). BBB adalah kubu kuat PAS sekian lama dan agak sinonim dengan nama Dr Haron Din.Apatah lagi di sini majoritinya terhimpun para cendekiawan dari UKM, UNITEN, IPGM,ILIM dan sebagainya.

DUN 26 Bangi sejak dahulu lagi silih berganti. Dr Amran Kasimin(BN) pernah menewaskan penyandang Dr Shafie Abu Bakar seorang yang 'low profile', Namun pada PRU ke-12 lalu Dr Shafie Abdu Bakar yang tawaduk ini dapat merampas kembali kerusi DUN Bangi ini daripada Dr Amran. Dan kali ini apakah nama yang serupa daripada Pas (Haji Shafie) dapat mempertahankan kerusi Pas yang dikatakan panas ini?

Haji Shafie diketahui oleh masyarakat setempat  bahawa beliau telah bergerak cergas dalam aktiviti kemasyarakatan sudah sekian lama. Sekiranya beliau juga mengekalkan ciri-ciri peribadi seperti Dr Shafie Abu Bakar yang berperwatakan sederhana, zuhud, merendah diri dan berperibadi mulia maka tidak ada sebab mengapa para pengundi DUN 26 Bangi menolak calon Pas yang baru ini.Pentingnya Pas di kerusi Dun Bangi sudah menjadi darah daging pengundi di sini.

Bagi Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain peguam syarie yang masih muda lulusan Universiti Malaya ini bukan sahaja glamour tetapi sering menonjol di dada-dada akhbar dalam beberapa kes di mahkamah syariah. Beliau adalah harapan BN kali ini selepas kejayaan Dr Amran pada masa lalu. Walaupun pada zaman kampus Mohd Zaidi dikatakan cenderung kepada politik lslam namun apabila beliau berada di arena pascasiswa segala-galanya berubah. Agaknya beliau sekarang melihatkan politik realiti yang sebenarnya.Beliau juga dikatakan rajin dalam kegiatan masyarakat setempat.

Mohd Zaidi juga diharapkan dapat merenung kembali beberapa aduan yang diterima berhubung caj bayaran perkhidmatan kos guaman kes syarie yang dikenakan kepada orang ramai. Misalnya sekadar pengesahan penceraian, permohonan hadanah, permohonan nusyuz dan sebagainya biasanya 'membuka fail' sudah dikenakan fis antara RM500-RM1000. Itu belum lagi bayaran-bayaran lain yang kes tertangguh..0leh kerana beliau peguam syarie ( agensi swasta) dan bakal menjadi wakil rakyat maka tidak ada sebab beliau tidak peka segala masalah rakyat berhubung dengan soal kemampuan kewangan mereka.

Apakah calon Pas dan BN telah siap sedia dengan pelan pembangunan prasarana dan insani sama-samalah dinantikan pada musim berkempen ini.Sudahkah difikirkan alasan mengapakah pembinaan masjid di Bandar Seri Putra dan masjid di Bandar Bukit Mahkota hany tinggal tapak sahaja? Walhal tapak-tapak masjid yang terbiar itu sudah melebihi 5 tahun.

Sudahkah difikirkan jawapannya mengapakah masjid di pekan Bangi lama ketinggalan zaman dan agak daif bangunannya? Walhal kuil di pekan bangi lama lebih hebat dan tersergam dibandingkan masjidnya. Pada hal penduduk Melayu/lslam adalah majoriti jika dibandingkan penganut hindu.Tidakkah ini memalukan; baik di pihak BN mahupun di pihak Pas?

Panas tetap panas.Namun janganlah dibiarkan lampu-lampu TNB di sepanjang jalan BBB, BSP dan BBM bergelapan.Janganlah dibiarkan lampu trafik di bulatan plaza tol lambat berfungsi. Dan fikirkan apakah kekurangan dan kelebihan BBB dan persekiataran dalam Dun Bangi sekarang! (TB)


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mohd Zaidi atau Hj Shafie Ngah sila jawab isu-isu di atas.

Tanpa Nama berkata...

dua2 pon bagus dan sama hebat...
tapi yang menang nnti tentunya mereka yang lebih dekat di hati masyarakat... :)

Tanpa Nama berkata...

Shafie Ngah juga dikhabarkan seorang peguam syarie..berkhidmat dengan firma persendirian.

TIUB BOCOR berkata...

Sdr Shafie Ngah..tahniah menang.Sudah menang jangan lupa blogger ini dan suara hati penduduk yang telah disuarakan dalam blog ini.

Unknown berkata...

Saya selaku warga Bangi ingin meminta Hj Shafie Ngah atau YB Shafie Ngah utk memperbaiki segala kerosakan jalanraya di dalam seluruh kawasan Bandar Baru Bangi, terutamanya jalan yang bermula dari Exit Tol Kajang dan juga Tol Bangi.

Terlampau banyak 'pot holes' atau jalan berlubang di sekitar kawasan tersebut.

Di sini juga ingin saya tulis dimana saya berharap supaya semua baik-pulih jalan dan juga our townhall dibuat dengan cara yang adil dan telus. Jangan lah memilih kasih dengan kawasan Sekyen-seksyen yang anda sayang sahaja.


Sekian terima kasih.