Salam Perjuangan

23 April 2011

LELAKI AFRIKA : GADIS TEMPATAN AWASILAH....

WISMA  Putra hari ini menasihatkan gadis-gadis muda tempatan terutamanya dari kawasan pedalaman agar tidak mudah terpedaya dengan lelaki kulit hitam yang dikenali menerusi laman sosial.Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, ini bertujuan mengelakkan mereka terpedaya dijadikan keldai dadah oleh sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.

“Saya amat kecewa apabila seorang gadis Malaysia berusia 22 tahun dan sedang menuntut di Kolej Segi ditahan di Shenzhen, China 29 Mac lalu apabila pihak berkuasa menemui sejumlah dadah dalam perutnya.
“Gadis Dayak dari Sarawak ini baru berkenalan dengan seorang lelaki kulit hitam menerusi laman sosial Facebook tahun lalu. Tteruja dengan bayaran RM5,000 dia telah menelan 100 biji heroin seberat 700 gram untuk dihantar ke Shenzhen,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini hari ini.

Lebih menyedihkan katanya, gadis tersebut tidak pernah berjumpa dengan “kekasihnya” itu dan semasa ditemui wakil konsulat Malaysia di China dia merayu agar kesnya tidak dimaklumkan kepada keluarga.
Sebaliknya memohon bantuan kewangan dari konsulat kerana kesukaran membeli makanan di penjara Shenzhen.

Jelas beliau, Wisma Putra tidak boleh campur tangan dalam undang-undang melibatkan negara lain sebaliknya hanya menghulurkan bantuan sekiranya diminta oleh keluarga mangsa.
Richard memberitahu, statistik menunjukkan sehingga 31 Mac lalu seramai 1,880 rakyat Malaysia ditahan di luar negara dengan 833 daripadanya didakwa terbabit dengan kes penyeludupan dadah.
Daripada jumlah itu, seramai 675 membabitkan lelaki manakala 158 ialah wanita. (sumber:UM,23/4/11)

TB suka mengingatkan semua gadis khususnya gadis-gadis bumiputera di Malaysia, Singapura,Brunei dan lndonesia agar  berhati-hatilah  dengan tipu daya melalui internet baik dalam laman sosial seperti Facebook, Netlog, Findster, Twitter dan juga menerusi kedatangan emel/email yang tidak diundang ke dalam emel masing-masing. Usahlah percaya dan terpedaya. Kebanyakan lelaki kulit hitam/Afrika ini berpangkalan di Malaysia atau di mana-mana tempat dalam ASEAN ini dengan kepakaran 'ayat-ayat lnggerisnya' khususnya dari Nigeria yang memikat gadis-gadis dengan wang,kemewahan dan seks dengan tipu muslihat semata-mata untuk menjadi keldai dadah atau mengikis harta dan maruah gadis-gadis tempatan. Jikalau 'inbox' email anda didatangi tawaran loteri,hadiah,apa jua kisah untuk simpati dan empati maka padam/delete sahaja jangan dilayan jika anda 'tidak cerdik'.Kita sering mendapat berita bukan setakat menjadi keldai dadah bahkan ada wanita-wanita tempatan termasuk golongan profesional dan isteri orang yang terperangkap dan hilang ribuan wang ringgit dan menjadi mangsa pemuas nafsu lanataran gara-gara terpedaya dan tertipu. Apakah wanita Malaysia mudah diperbodohkan? Bagaimana Datuk Seri Shahrizat Jalil?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nina sgt setuju dgn pendapat Tiub Bocor, la nie ramai benar wanita terpedaya dengan warga asing, apapun Nina tetap sokong perjuangan TiubBocor!

Syura berkata...

Yang peliknya lelaki tempatan selalu jual mahal berbanding dengan warga asing sebab tulah syura rasa salah juga lelaki tempatan.

TIUB BOCOR berkata...

Terima kasih dan salam perjuangan.Sama-samalah kita saling ingat mengingati kerana segala-galanya adalah suatu ibadah.