Salam Perjuangan

06 April 2011

KASTAM : MATINYA SEORANG PEGAWAI ......


SEORANG pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.

NONEMangsa dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.(baca penuh, MKini, 6/4/11)

TB sebagai seorang  lslam mengucapkan takziah kepada ahli
keluarga Allahyarham. Sama-sama kita sedekahkan surah al-fatihah.Sehubungan ini TB terima sms daripada Presiden Perkasa, Datuk lbrahim Ali yang secara sinis bertanya adakah para juak dalam DAP dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tidak mengadakan demontrasi seperti mana kematian mengejut Teoh Beng Hock lalu. Apakah reformasi hanya untuk orang-orang Cina dan lndia sahaja, tanya beliau. Sementelahan pula beliau juga mahu melihat bagaimanakah pendirian PAS berhubung kes ini yang melibatkan seorang lslam.Dan mahu tahu apakah pendirian PAS berhubung soal keadilan dalam lslam, soal haram dan halal dengan tulus,jujur dan benar mengikut ajaran lslam.

Tiada ulasan: