Salam Perjuangan

04 April 2011

' BIBLE' DALAM BAHASA MELAYU LANGGAR LARAS AGAMA

TB sudah lama mahu menulis berhubung ilmu linguistik Melayu yang berkaitan cabang sosiolinguistik dan psikolinguistik apabila isu kalimah 'Allah' mula timbul sejak beberapa tahun lalu dalam agama kristian di negara kita. Harus diingat, walaupun Bahasa Melayu (BM) digunakan di seluruh Nusantara termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, Thailand dan lndonesia namun tidak dapat dinafikan adanya perbezaan dari segi dilektologi, leksikologi , sosiolinguistik dan psikolinguistik.

Selepas isu kalimah 'Allah', kini isu 'Bible' kristian yang mahu dicetak dan disebarkan di Malaysia dalam BM pula ditimbulkan.Seperti biasa respons tokoh-tokoh politik,masyarakat dan agama melontarkan hujah-hujahnya namun hujah mereka tidak kukuh dan tidak bersifat ilmiah. Kesannya timbul pelbagai polemik dan salah faham yang menjurus kepada salah sangka dan perpecahan.Apatah lagi, isu ini kemudiannya dipolitikkan!

Pada mulanya TB menunggu juga saban waktu agar kelak tokoh-tokoh dalam bidang linguistik seperti Prof Emeritus Dr Nik Safiah Karim, P.E. Dr Abdullah Hassan, Prof Dr. Teo Kok Seng, Prof Dr Awang Sariyan, Dr Amat Juhari Moain dan lain-lain lagi akan muncul berhujah atau memberi reaksi mereka dari sudut linguistik Melayu.Dari hari ke hari TB nantikan. Namun TB hampa dan isu ini sayangnya tidak berkesudahan dan tidak difahami masyarakat.

Apakah TB akan menulis? Apakah tidak terlambat? Bayangkan dalam Bible BM ada kata firman, sabda, wahyu, mukjizat, kafir, kufar dan sebagainya.Dan apakah ini tidak mengelirukan umat lslam Melayu  khususnya generasi anak cucu kita pada masa akan datang yang sinonim dengan Melayu-lslam-Melayu? Apakah kita tidak terfikir ini agenda halus yang mahu menghakis sinonimnya Melayu itu lslam? lni bahaya!  Contoh mudah; seorang penganut hindu atau kristian ataupun buddha berucap dalam bahasa Melayu begini,"Kita amat kecewa kerana ramai kalangan kita telah menjadi kafir kerana telah memeluk agama lslam!". Bayangkan kata kafir yang merujuk kepada laras bahasa agama dalam lslam telah digunakan sewewenang-wenangnya untuk konteks agama lain. lnilah isu dan permasalahannya!

Tiada ulasan: