MEDIA arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa. Dr Mahathir berkata media arus perdana juga mengamalkan tapisan berita sendiri dan ini memberi persepsi salah, seolah-olah berita mereka ditapis oleh kerajaan. "Jadi kerajaan kadang-kadang mendapat pandangan yang berat sebelah tentang apa yang dimahukan oleh rakyat. Mereka (media) berpendapat harus lakukan tapisan sendiri. "Dan ini sudah pasti memberi tanggapan bahawa kerajaan yang menyekat mereka," katanya pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di ibunegara hari ini, lapor Bernama. Dr Mahathir yang juga penaung kepada Blog House Malaysia, penganjur persidangan itu berkata kritikan membina harus diberi demi kebaikan negara. Katanya semasa penulis blog harus memberi layanan adil kepada kerajaan dan rakyat di laman blog mereka, penulis blog juga harus dilayan secara adil dan saksama. Seramai 35 penulis blog dari negara Asean menghadiri persidangan itu yang bertema 'Blogging Mindfully and Responsibly'.(sumber: Malaysiakini, 25/4/11) TB sentiasa mengamalkan dan menganjurkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) untuk penambahbaikan bagi setiap perjalanan kehidupan ini untuk kesejahteraan ummah sejagat. Sebagai contoh tidak salah jika 'anak-anak majikan' sebuah politeknik kerajaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM) atau lnstitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengkritik Pengarahnya yang hanya setakat memiliki ijazah pertama dalam kelulusan akademiknya agar berfikiran terbuka dan menghormati arus perubahan dalam budaya ilmu dan sentiasa menambahkan ilmu arus perdana tetapi tidak hanya berfokus untuk kenaikan pangkat peribadi; gred 52,54,jusa dan seumpamanya. Janganlah menganggap gred pangkat itu simbol status atau mutu kejayaan.lnilah suatu contoh kritik yang wajar diterima secara terbuka agar tidak ketingalan arus perubahan kehidupan. |
BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.
25 April 2011
KRITIK KERAJAAN UNTUK KEBAIKAN DIGALAKKAN - DR MAHATHIR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan