MENURUT Akta lntitusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996, mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan merupakan mata pelajaran WAJIB yang dijalankan di IPTS yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.Dan dikuatkuasakan mulai 1 Julai 1999 Kelulusan dalam mata pelajaran ini menjadi prasyarat untuk penganugerahan sijil, diploma dan ijazah di IPTS bagi warganegara Malaysia dan bukan negara Malaysia.
Soalnya, banyak aduan diterima berlakunya pengabaian akta tersebut; sikap memperlekehkan bahasa kebangsaan dan memandang rendah kepentingan bahasa kebangsaan. Natijahnya didapati sikap graduan IPT tempatan, bahasa lnggerisnya pun tidak memberi impak untuk mereka menggali ilmu manakala bahasa Melayu pula rata-ratanya tidak melambangkan daya keintelektualan sebagai perucap yang mahir; baik dalam komunikasi lisan mahupun bertulis. Alangkah malangnya!
Justeru; apakah peranan bahagian penguatkuasaan Jabatan Pendidikan Swasta Kementerian Pelajaran Malaysia? Apakah peranan badan MQA yang dahulunya dikenali LAN? lngin tahu juga khabar tentang kuasa penguatkuasaan di DBP. Jika sudah ada agensi-agensi penguatkuasaan ini; apa salahnya 'turunlah ke gelanggang' melakukan pemantauan dan pemeriksaan mengejut. Apalah gunanya jawatan anda, pos dan pangkat jika anda cerdik dan bijak hanya di dalam bilik pengap berhawa dingin? Majulah anda, majulah bahasa dan martabat negara anda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan