PENINGKATAN kes hubungan sulit luar nikah adalah berpunca daripada "para isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka" kepada suami, dakwa ahli parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali.
Oleh itu, dalam soalan tambahannya sewaktu sesi soal-jawab di
Parlimen, beliau bertanya apakah yang dilakukan oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim), untuk mendidik para isteri mengenai tanggungjawab mereka.
Beliau mendakwa, ada masanya bila suami "ada keinginan" tetapi bila pulang ke rumah, isteri kata tunggu kerana 'sedang masak' atau 'sedang bersiap untuk ziarah saudara-mara'.
Dalam Islam, katanya, para isteri sepatutnya menghentikan apa yang sedang dilakukan untuk memenuhi tuntutan si suami.
Beliau yang juga presiden PERKASA berkata, ketika memandu pulang selepas kerja, si suami melihat perkara-perkara yang 'menaikan semangat' dan mahu memenuhi kehendak tersebut bersama isteri.
Ibrahim mendakwa, kerana tidak mendapat layanan dari isteri, maka ada suami yang pergi ke tempat-tempat yang sulit untuk memuaskan kehendak mereka itu, dan kemudiannya video mengenainya didedahkan.
Kerana itu, beliau mahukan satu penjelasan sama ada para isteri memahami peranan mereka," katanya merujuk kepada satu video seks seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang.
(sumber: MKini,8/4/11)
TB terima maklumat ,kenyataan Presiden Perkasa Datuk lbrahim Ali ini telah mengundang pelbagai reaksi khususnya respons marah-marah daripada sebilangan besar golongan wanita. Jika YB Bung Mokhtar berhujah menyentuh tentang cara pemanduan kaum wanita yang banyak menyebabkan faktor kemalangan lantaran ketidakcekapan juga menerima kritikan daripada golongan hawa maka tidak kurang juga dengan YB lbrahim Ali.
Sebenarnya dari segi ilmu psikolinguistik iaitu berhubung dengan adanya hubungan antara bahasa dan fikiran maka kedua-dua telah berjaya menggunakan bahasa dan gaya bahasa atau stilistik bagi menarik perhatian yang menyentuh hati nurani psikologi wanita. lnilah yang dikatakan kebijaksanaan KBKK atau nama penuh dalam ilmu pedagogi pendidikan ialah Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis. Tanpa diduga Bung dan lbrahim telah mengaplikasikan KBKK dan provokatif.
Tidak ramai yang dapat menyelami bahawa Bung dan lbrahim juga menggunakan elemen isu ini bagi tujuan sindiran dan sinisme. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa bahang pedasnya. Usahlan Bung dan lbrahim gusar. Mujur Bung tidak terpancul hujahnya di dalam dewan rakyat bahawa antara faktor ketidakcepatan wanita memandu khususnya kerana ramai golongan wanita memandu laju secara membuta tuli disebabkan mengalami gangguan psikoseksualiti. Maksudnya dewasa ini ramai wanita mengalami ketidakpuasan dalam hubungan seksual antara pasangannya.Jangan marah TB.TB percaya ada pakar-pakar dalam bidang seksualiti telah atau akan melakukan penyelidikan lapangan.
Hujah lbrahim Ali juga secepat kilat menerima kritikan banyak penjuru daripada kaum hawa.Sebenarnya jika kita buangkan sifat hipokrit,fasik dan munafik, rata-ratanya golongan lelaki bersetuju bahawa hampir 90% lelaki yang baligh,sihat dan waras di minda mereka memikirkan dan mengutamakan seks. lni sejajar dengan teori libido.
Bahkan dalam lslam ini adalah fitrah Azawajalla.Sebab itu Nabi Muhamammad SAW ada berpesan bahawa jika seseorang suami apabila berada di luar rumah jika bernafsu melihat wanita lain maka pulanglah mendapat isteri masing-masing.lni menunjukkan bahawa nabi menyedari tentang fitrah kejadian kaum lelaki ini. Sebab itu lslam mengajar umatnya jika tidak ada daya tahan maka berpuasalah,zikirullah dan bernikahlah satu,dua,tiga atau empat berdasarkan kemampuan masing-masing. Kemampuan pula bukanlah berdasarkan berfokuskan kepada kebendaan sahaja tetapi apa yang lebih penting ialah memiliki sifat-sifat mahmudah, daya juang dan daya tahan dalam apa jua cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
Sebenarnya baik Bung mahupun lbrahim, sekilas pandang kenyataan mereka menyebabkan ramai yang melenting garang. Namun sebenarnya ada yang tersirat di sebalik kata-kata menjerat. Dalam ruangan yang terbatas ini tidaklah perlu TB mempericikan secara detail.Tahniah Bung dan lbrahim!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan