lSU tahanan pendatang tanpa izin (PATI) merusuh lari hari ini bukan isu baru. Bahkan orang ramai masih ingat tidak lama dahulu Pati Pakistan dan Afghanistan (jika tidak silap) pernah melarikan diri di Depoh Tahanan Pati di Lenggeng, Negeri Sembilan.. Namun tidak pasti dan tidak diumumkan di khalayak sama ada tahanan-tahanan tersebut sudah ditangkap atau sudah dihantar pulang ke negara asal mereka ataupun belum.
Soalnya sekarang, bagi penduduk di kawasan Mantin, Pajam, Beranang dan Nilai serta kawasan persekitarannya dipagut kebimbangan dan keresahan kerana kawasan terpencil ini agak mudah untuk tahanan-tahanan tersebut meloloskan diri untuk bersembunyi. Apakah ini tidak mengancam keselamatan penduduk persekitaran?
Difahamkan tahanan-tahanan Pati ini ditahan di depoh tahanan tersebut sudah agak lama. sudah tentu pelbagai modus operandi dan perancangan boleh dilakukan. rasa tidak puas hati mereka tentu bercambah dari hari ke hari. Tahanan-tahanan pati ini yang datang dari berbagai-bagai negara seperti Myanmar, Vietnam, Pakistan, Afghanistan, lndonesia, lndia, China dan Bangladesh telah menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos perbelanjaan makan dan bercam-macam mencecah jutaan ringgit setiap tahun. Adakah ini tidak merugikan wang rakyat? Bagaimanakah dengan akta-akta pencegahan yang telah diluluskan di parlimen dahulu?
Sebagai rakyat, kita tidak mahu masalah yang mengancam keselamatan negara dan orang awam dipandang remeh. Suatu mekanisme yang drastik,tegas dan berani wajar dilakukan oleh kerajaan dan KDN. Pelaksanaan hukuman rotan patut dipraktikkan bagi pati ini. Menghantar pati dengan segera ke negara masing-masing dan menyenarai hitamkan nama-mana pati ini agar tidak melakukan kesalahan akta imigresen yang serupa tanpa kompromi wajib dilakukan jika mahu tidak ada musang berbulu ayam lagi di negara kita! (TB).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan